Warner Bros. nampaknya akan meneruskan rancangan mereka untuk filem sekuel Joker 2, di mana laporan terkini mendedahkan bahawa penggambaran akan bermula pada 2023. Laporan yang sama juga memberitahu “draf pertama untuk skrip sudah disiapkan”, tetapi sumber itu tidak mendedahkan apa-apa tentang jalan cerita mahupun watak mana akan muncul.

Berita ini berasal daripada Heroic Hollywood, yang mendakwa mereka mendapat info daripada sumber yang rapat dengan projek tersebut. Berdasarkan info, Warner Bros telah menerima skrip, dan merancang untuk memulakan penggambaran pada tahun depan.
Sejak filem pertama ditayangkan di pawagam pada tahun 2019, tidak banyak berita atau khabar angin tentang Joker 2. Maklumat terakhir yang saya tahu datang daripada laporan DC tentang barisan filem mereka akan datang, yang mengesahkan bahawa sebuah lagi filem Joker dalam rancangan. Laporan itu juga merujuk kepada projek Joker ini sebagai “sekuel dalam rancangan”, yang secara tidak langsung mengesahkan Joaquin Phoenix akan kembali dalam peranan Joker.

Dengan fokus baru, Warner Bros nampaknya akan kembali selepas wabak COVID-19 melanda industri dengan teruk. Pada awal minggu ini, saya juga melaporkan yang filem sekuel Mortal Kombat sedang dalam pembangunan, di mana penulis Moon Knight Jeremy Slater akan menulis skrip.
Walau bagaimanapun, keadaan tidak sama untuk beberapa studio lain dalam industri. Paling terbaru, Black Panther terpaksa menghentikan penggambaran sekali lagi, selepas pelakon Lupita Nyong’o disahkan positif Covid-19. Saya tidak tahu jika Joker akan mengalami nasib yang sama, memandangkan penularan wabak masih banyak di Amerika Syarikat tetapi kita harapkan yang terbaik.
Untuk tahu filem apa yang keluar tahun 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post