Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Gundam Seed Freedom Sah Ditayangkan pada 2024! Trailer & Visual Didedahkan!

Maira by Maira
July 3, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Gundam Seed Freedom Sah Ditayangkan pada 2024! Trailer & Visual Didedahkan!

Kredit: Sunrise

Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja kami menceritakan tentang tarikh tayangan filem Gundam Seed dua minggu yang lalu, sekali kita mendapat pengumuman rasmi daripada francais tersebut! Melalui Twitter rasmi siri, filem baharu yang bertajuk Mobile Suit Gundam Seed Freedom akan ditayangkan pada 26 Januari 2024 di Jepun! Bukan setakat itu sahaja, trailer rasmi pertama dan visual turut didedahkan! Anda boleh menonton trailer tersebut di bawah.

Pengarah siri Mitsuo Fukuda kembali untuk mengarahkan filem Mobile Suit Gundam SEED FREEDOM serta menulis skrip filem. Bersamanya adalah komposer siri, Chiaki Morosawa dan penulis novel Seed Destiny, Liu Gotou. Hisashi Hirai pula kembali sebagai pereka watak filem.

Sumber: Sunrise

Kalau anda ingin tahu, projek ini merupakan sebahagian daripada Mobile Suit Gundam Seed Project ignited pada 2021. Ia bersempena dengan ulang tahun ke-20 siri asal Gundam tersebut termasuklah beberapa game serta manga.

Fukuda juga telah mengesahkan bahawa filem tersebut merupakan sekuel kepada siri Gundam Seed Destiny. Sudah pasti ramai yang teruja untuk menontonnya nanti.

Sumber: Sunrise

Mobile Suit Gundam Seed pertama kali ditayangkan pada 2002, yang turut memperkenalkan penonton kepada Cosmic Era (C.E.). Siri ini bermula pada tahun ke-70 Cosmic Era manakala sekuelnya Seed Destiny pula berlaku semasa tahun ke-73. Dalam filem terbaharu ini, kita akan kembali ke Cosmic Era pada tahun ke-75.

Harap-harap filem ini dapatlah ditayangkan di Malaysia, memandangkan filem Gundam Cucuruz Doan’s Island pernah ditayangkan di pawagam tempatan. Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman mengenainya akan datang. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Gundam daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobile Suit GundamMobile Suit Gundam SeedMobile Suit Gundam Seed Freedom
ShareTweetSend
Previous Post

Siri anime Pluto bakal ditayangkan pada 26 Oktober 2023 di Netflix!

Next Post

Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections umum “Story Mode” istimewa – Naruto jadi jahat?

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections umum “Story Mode” istimewa – Naruto jadi jahat?

Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections umum "Story Mode" istimewa - Naruto jadi jahat?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd