Saya ada berita sedih untuk peminat Godzilla dan King Kong di Malaysia kerana filem Godzilla vs. Kong yang sepatutnya keluar pada 20 November 2021 telah ditunda ke 21 Mei 2021. Berita ini diumumkan oleh Warner Bros. dan merupakan sekuel dalam francais MonsterVerse yang akan menyaksikan pertarungan epik antara Godzilla dan King Kong. Anda boleh lihat imej di bawah untuk pengesahan rasmi oleh pengarah Adam Wingard di halaman Instagram-nya:
Sebagai kesinambungan kepada Kong: Skull Island dan Godzilla: King of the Monsters, Adam Wingard menggambarkan Godzilla vs. Kong sebagai “filem pertarungan raksasa paling besar.” Berikut adalah rumusan rasmi:
Pada suatu masa ketika raksasa berjalan di atas bumi, kehadiran umat manusia telah mengakibatkan pertemuan antara Godzilla dan Kong di mana manusia bakal menyaksikan dua gergasi paling kuat di planet ini bertarung sesama sendiri. Ketika Monarch memulakan misi berbahaya ke kawasan misteri untuk belajar tentang asal-usul gergasi-gergasi tersebut, sebuah konspirasi manusia kini mengancam untuk menghapus kedua-dua raksasa, tidak kira baik atau jahat, daripada muka bumi selama-lamanya.

Dibintangi oleh Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Kyle Chandler, Danai Guria, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Jessica Henwick, Shun Oguri, Julian Dennison, Demián Bichir, dan Zhang Ziyi, filem Godzilla vs. Kong akan keluar di pawagam pada 21 Mei 2021. Jika anda ingin tahu mengapa Godzilla diubah daripada kaiju yang jahat kepada baik, sila baca di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post