Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem ‘Detective Conan vs Kid the Phantom Thief’ Akan Ditayangkan Pada 6 Jun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem ‘Detective Conan vs Kid the Phantom Thief’ Akan Ditayangkan Pada 6 Jun!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, GSC Movies mengumumkan bahawa Detective Conan vs Kid the Phantom Thief, filem kompilasi anime untuk francais Detective Conan, akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 6 Jun 2024.

Pengumuman ini disertakan bersama trailer yang anda boleh tonton di bawah:

Bagi mereka yang tidak tahu, filem ini sudahpun ditayangkan di Jepun pada 5 Januari lalu, dan merupakan “opening” kepada filem ke-27 dalam francais Detective Conan: The Million-dollar Pentagram.

Kredit: GSC Cinemas

Kompilasi Detective Conan vs Kid the Phantom Thief menggabungkan dan menyunting semula episod daripada anime termasuk penampilan pertama Kid the Phantom Thief dalam siri, dan menambah rakaman baharu pada jalan cerita episod 76, apabila Conan dan Kid bertemu buat pertama kali di atas bumbung Hotel Haido City. Filem anime ini juga menampilkan adegan eksklusif baharu yang memaparkan “interaksi khas” antara kedua-dua watak.

Kredit: GSC Cinemas

Episod utama yang dimasukkan adalah:

  • The Gathering of the Detectives! Shinichi Kudo vs. Kaitou Kid (Episod 219)
  • Kaitou Kid’s Miraculous Midair Walk (Episod 356)
  • Shinichi Kudo’s Childhood Adventure (Part 2) (Episod 473)

Detective Conan tidak perlu pengenalan, tetapi siapakah Kaito Kid?

Kredit: GSC Cinemas

Identiti sebenar Kaito Kid ialah Kaito Kuroba, seorang pencuri “budiman” dan watak utama untuk siri Magic Kaito yang turut dicipta oleh Gosho Aoyama. Bapanya dibunuh oleh organisasi yang tidak diketahui, dan kemudian Kaito Kuroba mengambil peranan sebagai Kaito Kid seterusnya selepas mendapat tahu organisasi itu mencari batu permata yang bernama Pandora.

Kredit: GSC Cinemas

Kaito Kuroba juga membuat banyak penampilan penting dalam siri Detective Conan, sebagai pesaing dan rakan sekutu kepada Shinichi Kudo. Memiliki penampilan yang sama seperti Shinichi, dia boleh menyamar sebagai pesaingnya pada bila-bila masa. Malah, kedua-dua watak ini juga disuarakan oleh pelakon suara yang sama.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDetective ConanDetective Conan vs Kid the Phantom ThiefKaito Kid
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Umum ASUS Vivobook S 15, PC Copilot+ Pertama Dengan Ciri AI

Next Post

Kisah Tragis Giyu Tomioka, Hashira Air, Didedahkan Dalam Episod Terbaru Demon Slayer

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Kisah Tragis Giyu Tomioka, Hashira Air, Didedahkan Dalam Episod Terbaru Demon Slayer

Kisah Tragis Giyu Tomioka, Hashira Air, Didedahkan Dalam Episod Terbaru Demon Slayer

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd