Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Detective Conan: The Bride of Halloween akan ditayangkan 2 Jun di Malaysia!

Maira by Maira
March 16, 2022 - Updated on April 26, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Detective Conan: The Bride of Halloween akan ditayangkan 2 Jun di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem ke-25 siri anime Detective Conan: The Bride of Halloween yang ditayangkan pada tahun lepas di Jepun akan hadir ke pawagam Malaysia pada 2 Jun 2022. Pengedar filem Odex telah mengeluarkan trailer baru bersama-sama sarikata dan umumkan tarikh tayangan rasmi.

Filem ini pada mulanya ditayangkan di Jepun pada 15 April 2021. Ia menampilkan watak-watak akademi polis francais iaitu Rei Furuya, Jinpei Matsuda, Wataru Date, Kenji Hagiwara, dan Hiromitsu Morofushi. Aoyama, pencipta siri ini telah telah mengacah bahawa watak akademi polis akan “mengetuai” filem ke-25. Berikut adalah penerangan ringkas untuk filem Detective Conan: The Bride of Halloween.

Di bangunan Shibuya Hikarie, majlis perkahwinan sedang berlangsung. Di sana, Miwako Sato memakai gaun pengantin. Tiba-tiba, penceroboh masuk, dan Wataru Takagi cedera semasa melindungi Miwako. Pada masa yang sama, penjenayah pengeboman bersiri dari kejadian tiga tahun lalu yang membunuh Jinpei Matsuda telah melarikan diri. Rei Furuya, yang pernah menjadi rakan sekelas Jinpei di akademi polis, menjejaki pelakunya, tetapi seseorang yang berkostum misteri muncul dan memakai bom kolar di lehernya. Conan mendengar tentang kejadian yang berlaku tiga tahun lalu daripada Rei, dan cuba melucutkan senjata bom kolar tersebut.

Kali terakhir filem Detective Conan ditayangkan di Malaysia ialah filem ke-24 bertajuk The Scarlet Bullet pada April tahun lepas. Akhirnya dapat juga kita menonton filem terbaru daripada francais misteri kegemaran ramai ini. Seperti biasa, GSC Cinemas akan menayangkan filem ini. Jadi, anda boleh ikuti laman media sosial Odex atau GSC Cinemas untuk maklumat lanjut mengenai tayangan filem.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Sumber: ANN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDetective Conan: The Bride of Halloweenfilem
Previous Post

Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin dedahkan ciri multiplayer dan kawasan baru!

Next Post

Interview bersama Streamline – Bermula dari kecil, kini semakin besar

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Interview bersama Streamline – Bermula dari kecil, kini semakin besar

Interview bersama Streamline - Bermula dari kecil, kini semakin besar

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd