Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Borderlands Dedahkan Trailer Rasmi, Bakal Tayang Pada Ogos 2024!

Maira by Maira
February 23, 2024
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Filem Borderlands Dedahkan Trailer Rasmi, Bakal Tayang Pada Ogos 2024!

Sumber: Lionsgate Movies

Share on FacebookShare on Twitter

Sejak pengumuman mengenai filem Borderlands, ramai yang tertanya-tanya bagaimana dunia fiksyen oleh Gearbox Software ini akan dihasilkan nanti. Akhirnya kita dapat juga melihat sedikit sebanyak tentang filem tersebut melalui trailer baharu yang telah dikeluarkan! Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Dalam trailer tersebut, kita telah didedahkan dengan rupa semua pelakon dengan kostum watak masing-masing. Boleh nampak bahawa filem ini agak berbeza daripada game.

Filem ini membawa kita mengikuti Lilith (Cate Blanchet), seorang bounty hunter dengan masa lalu yang misteri, dengan berat hati kembali ke rumahnya, Pandora, sebuah planet yang paling huru-hara di galaksi. Misinya adalah untuk mencari anak perempuan Atlas (Edgar Ramírez) yang hilang, S.O.B yang paling berkuasa di alam semesta.

Sumber: Lionsgate Movies

Lilith membentuk pakatan dengan pasukan yang pelik – Roland (Kevin Hart), seorang tentera upahan yang berpengalaman dalam misi; Tiny Tina (Ariana Greenblatt), seorang peroboh liar; Krieg (Florian Munteanu), pelindung Tina; Tannis (Jamie Lee Curtis), ahli sains ganjil yang telah melihat semuanya; dan Claptrap (Jack Black), robot bijak. Bersama-sama, kumpulan wira ini mesti memerangi spesies asing dan penyamun berbahaya untuk mendedahkan salah satu rahsia Pandora yang paling dahsyat. Nasib alam semesta mungkin berada di tangan mereka – tetapi mereka akan berjuang untuk sesuatu yang lebih daripada itu: satu sama lain.

Sumber: Lionsgate Movies

Borderlands dijadualkan untuk tayangan pada bulan Ogos ini, jadi kita nantikan sahaja kejutan yang bakal dibawakan pelakon-pelakon yang terlibat. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borderlands
ShareTweetSend
Previous Post

Contra: Operation Galuga Bakal Lancar pada Mac ini, Demo & Pra-tempah Sudah Tersedia!

Next Post

Solo Leveling: Siapakah Pilihan Hati Sung Jinwoo dalam Siri? [Minor Spoiler]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Solo Leveling: Siapakah Pilihan Hati Sung Jinwoo dalam Siri? [Minor Spoiler]

Solo Leveling: Siapakah Pilihan Hati Sung Jinwoo dalam Siri? [Minor Spoiler]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd