Untuk peminat Dragon Ball di Malaysia, saya ada berita baru untuk anda semua! Visual rasmi pertama dari filem Dragon Ball Super: Super Hero akan datang telah ditayangkan di acara New York Comic-Con hari ini dan mempamerkan gaya seni CG baru yang cuba menggabungkan animasi 3D dengan gaya visual ikonik oleh Akira Toriyama. Anda boleh melihat trailer di bawah untuk gambaran yang lebih jelas:
Pertama sekali, trailer pertama telah menunjukkan beberapa watak baru, termasuk dua watak dalam kostum superhero bernama Gamma 1 dan Gamma 2, yang “mungkin” akan berlawan dengan Goku, Vegeta dan rakan-rakan Z-Fighter lain. Beberapa watak lain juga dikaitkan dengan Red Ribbon Army, sebuah organisasi jahat yang pernah dihadapi oleh Goku di story arc sebelum.
Piccolo dan versi Pan yang lebih tua juga ditunjukkan secara ringkas, di mana mereka berdua dikatakan akan memainkan peranan penting dalam plot filem. Para produser juga mendedahkan bahawa Pan telah menerima latihan seni mempertahankan diri dari Piccolo, yang juga melatih ayahnya, Gohan. Selain itu, ia disahkan bahawa filem Super Hero berlaku beberapa tahun selepas filem sebelum: Dragon Ball Super: Broly.

Ekstra: Broly nampaknya akan membuat penampilan dalam filem selepas penonton melihat kelibatnya dalam treler.
Seterusnya, para produser mendedahkan reka bentuk baru untuk beberapa watak lama, seperti Bulma, Dende, dan Korin:



Tarikh pelepasan rasmi untuk filem itu tidak dinyatakan, tetapi penerbit mengesahkan bahawa filem itu masih dalam rancangan untuk keluar pada tahun 2022 di Jepun. Mereka juga berjanji akan berusaha untuk memastikan bahawa filem ini membuat debut antarabangsa secepat mungkin setelah tayangan perdana di Jepun.
Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.
Sumber – New York Comic-Con
@gamersantaimy
Discussion about this post