Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Anime ‘The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim’ Bakal Ditayangkan Di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 23, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Anime ‘The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim’ Bakal Ditayangkan Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan novel yang disayangi oleh J.R.R. Tolkien, kembali ke dunia epik “The Lord of the Rings“, apabila filem anime “The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim” ditayangkan di pawagam Malaysia pada 12 Disember 2024.

Berita ini disahkan oleh Warner Bros. Malaysia, yang turut memuat naik trailer pertama untuk filem anime tersebut:

Sinopsis

Kredit: Warner Bros. Malaysia

Berlatarkan 183 tahun sebelum peristiwa dalam trilogi filem original, “The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim” menceritakan nasib Helm Hammerhand, raja legenda kepada kerajaan Rohan.

Tiba-tiba diserang oleh Wulf, seorang raja Dunlending bijak dan kejam yang ingin membalas dendam atas kematian bapanya, kejadian ini memaksa Helm dan pengikut-pengikutnya mendirikan pertahanan terakhir di Hornburg— sebuah kubu purba yang kemudian akan dikenali sebagai Helm’s Deep.

Mendapati dirinya dalam keadaan yang semakin sukar, Héra, anak perempuan Helm, mesti menyeru keberanian untuk mengetuai askar-askar untuk melawan musuh yang berniat hanya untuk memusnahkan mereka sepenuhnya.

Di Sebalik Tabir

Kredit: Warner Bros. Malaysia

Dihasilkan oleh New Line Cinema, Warner Bros. Animation, dan Sola Entertainment Production, filem ini diarahkan oleh Kenji Kamiyama yang pernah memenangi anugerah. Bukan itu sahaja, Peter Jackson turut kembali sebagai penerbit eksekutif untuk filem anime ini, dan terkenal sebagai pengarah, penulis dan penerbit bagi trilogi Lord of the Rings (2001–2003) dan trilogi Hobbit (2012–2014).

Barisan pelakon suara berbakat pula terdiri daripada:

  • Brian Cox sebagai Helm Hammerhand: Raja Rohan yang panas baran tetapi tidak pernah berhenti melindungi rakyatnya.
  • Gaia Wise sebagai Héra: Anak perempuan Helm yang bersikap tomboi tetapi gigih membantu mempertahankan rakyat mereka.
  • Luke Pasqualino sebagai Wulf: Pemimpin kejam Dunlending yang membalas dendam terhadap Rohan atas kematian bapanya.
  • Miranda Otto sebagai Éowyn: Bakal Shieldmaiden dari Rohan, dan juga narator kepada kisah ini.
  • Laurence Ubong Williams sebagai Fréaláf Hildeson: Anak saudara Helm dan pengganti takhta Rohan.
  • Shaun Dooley sebagai Freca: Bapa Wulf, seorang raja Dunlending dengan darah Rohirric yang cuba menuntut takhta.

Dominic Monaghan, Lorraine Ashbourne, Yazdan Qafouri, Benjamin Wainwright, Michael Wildman, Jude Akuwudike, Bilal Hasna dan Janine Duvitski juga menyumbang suara dan bakat mereka dalam peranan yang tidak didedahkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu Gundam Breaker 4 – Membenarkan Pemain Mencipta Gunpla Impian!

Next Post

The Callisto Protocol & Gigantic: Rampage Edition Percuma Di Epic Games, Jimat Lebih RM200!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
The Callisto Protocol & Gigantic: Rampage Edition Percuma Di Epic Games, Jimat Lebih RM200!

The Callisto Protocol & Gigantic: Rampage Edition Percuma Di Epic Games, Jimat Lebih RM200!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd