Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Anime “Look Back” Dedahkan Trailer Rasmi, Bakal Tayang Di Jepun Pada Jun Ini!

Maira by Maira
April 17, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Anime “Look Back” Dedahkan Trailer Rasmi, Bakal Tayang Di Jepun Pada Jun Ini!

© 2024「ルックバック」​製作委員会

Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi karya pencipta Chainsaw Man, Tatsuki Fujimoto mendapat adaptasi anime. Karya tersebut adalah manga one-shot bertajuk “Look Back” yang telah diterbitkan pada 2021 melalui Shonen Jump+. Diacah pada bulan Februari yang lalu, filem anime Look Back akhirnya mendapat trailer rasmi! Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Bukan setakat trailer rasmi sahaja yang dikeluarkan malah visual baru serta tarikh tayangan juga telah didedahkan. Filem tersebut akan ditayangkan di pawagam Jepun pada 28 Jun 2024.

Kita juga dapat melihat protagonis filem, Ayumu Fujino dan Kyomoto pada visual dan trailer di atas. Berikut adalah pelakon suara untuk protagonis:

  • Yuumi Kawai sebagai Ayumu Fujino
  • Mizuki Yoshida sebagai Kyomoto
© 2024「ルックバック」​製作委員会

Untuk pengetahuan anda, filem ini dihasilkan oleh Studio Durian bersama Kiyotaka Oshiyama sebagai pengarah, penulis skrip dan pereka watak filem.

Look Back mengikuti kisah Ayumu Fujino yang selalu menghasilkan manga 4-panel untuk akhbar sekolahnya. Suatu hari, dia telah diminta oleh gurunya untuk memberikan satu daripada slot manganya kepada pelajar bernama Kyomoto. Apabila manga Kyomoto diterbitkan bersama Fujino, manga itu telah menerima pujian kerana artwork yang terperinci, membuatkan Fujino iri hati.

Tidak mahu kalah dengan seseorang yang jarang datang ke sekolah, Fujino akhirnya bersungguh-sungguh untuk belajar menghasilkan manga.

© 2024「ルックバック」​製作委員会

Kalau anda ingin tahu lebih lanjut, anda boleh baca manga ini melalui Manga Plus. Tetapi anda perlu melanggan untuk membacanya. Harap sangat filem anime Look Back akan ditayangkan di negara luar atau tersedia di platform penstriman seperti Prime Video atau Netflix.

Untuk mendapatkan segala berita mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Look BackTatsuki Fujimoto
ShareTweetSend
Previous Post

Membawa Personaliti Kartun Ryo Saeba — Interview Khas City Hunter Bersama Ryohei Suzuki!

Next Post

Xbox Game Pass April 2024 Tambah Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes, Manor Lords & Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Xbox Game Pass April 2024 Tambah Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes, Manor Lords & Banyak Lagi!

Xbox Game Pass April 2024 Tambah Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes, Manor Lords & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd