Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Anime ‘Look Back’ Akan Datang Ke Malaysia, Dibuat Oleh Pencipta Chainsaw Man

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Anime ‘Look Back’ Akan Datang Ke Malaysia, Dibuat Oleh Pencipta Chainsaw Man
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Encore Films Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menayangkan filem anime “Look Back“, berdasarkan karya one-shot oleh Tatsuki Fujimoto iaitu pencipta Chainsaw Man. Tarikh keluaran tepat tidak diumumkan, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu filem anime ini akan ditayangkan di negara.

Sempena pengumuman itu, mereka turut memuat naik trailer bersama sari kata Bahasa Melayu:

Filem anime Look Back akan diuruskan oleh Studio Durian dan diarahkan oleh Kiyotaka Oshiyama, yang juga bertanggungjawab ke atas lakon layar dan reka bentuk watak. Muzik digubah oleh Haruka Nakamura; manakala lagu tema filem, “Light Song”, digubah oleh Nakamura dan dipersembahkan oleh Urara.

Kredit: @lookback_anime

Tentang Look Back

Kredit: Encore Films Malaysia

Merupakan manga one-shot setebal 143 muka surat, Look Back dicipta oleh Tatsuki Fujimoto (Fire Punch, Chainsaw Man), dan diterbitkan pada platform online Manga Plus+ Shueisha pada 19 Julai 2021. Menerima sambutan yang tinggi dan positif di seluruh dunia, ia dibaca oleh 2.5 juta orang pada hari pertama, dan lebih 4 juta orang pada hari kedua.

Kredit: Encore Films Malaysia

“Ayumu Fujino ialah seorang pelajar darjah empat yang kerap melukis manga untuk surat khabar sekolahnya dan dipuji sebagai pelukis terbaik dalam kelas. Suatu hari, dia diminta oleh guru untuk memberi peluang kepada seorang pelajar lain bernama Kyomoto yang juga ingin menyerah sampel manganya ke surat khabar sekolah.”

“Apabila manga Kyomoto muncul bersama Fujino, ia menerima pujian tinggi untuk lukisannya yang terperinci, lalu membuatkan Fujino cemburu.”

“Enggan dikalahkan oleh orang yang jarang pergi ke sekolah, Fujino memfokus sepenuhnya untuk mencipta manga. Walaupun masa berlalu, matlamatnya untuk mengatasi Kyomoto nampaknya semakin jauh, dan Fujino, kini darjah enam, akhirnya menyerah kalah dan berhenti membuat manga.”

“Hari graduasi tiba, dan Fujino diminta menyerahkan sijil tamat pengajian kepada Kyomoto yang tidak datang. Kebetulan, kedua-duanya akhirnya bersemuka, dan pertemuan yang tidak dijangka ini akan mencetuskan masa depan yang mereka langsung tidak boleh ramal.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeLook Back
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Live-Action ‘Oshi no Ko’ Akan Tayang Pada November 2024, Hanya Di Amazon Prime Video

Next Post

FamilyMart Malaysia Tambah ‘Street Fighter Metalfigs’ & ‘Keepplay Kuppy Pokémon’, Dapatkan Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
FamilyMart Malaysia Tambah ‘Street Fighter Metalfigs’ & ‘Keepplay Kuppy Pokémon’, Dapatkan Sekarang!

FamilyMart Malaysia Tambah 'Street Fighter Metalfigs' & 'Keepplay Kuppy Pokémon', Dapatkan Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd