Berikutan pengumumannya selepas pengakhiran Sword Art Online: Alicization – War of Underworld, para peminat kini mendapat tarikh pelepasan dan visual utama baru untuk projek Sword Art Online Progressive akan datang. Diselimuti dengan misteri sejak pengumuman pertama, kemas kini terbaru untuk projek ini mengesahkan bahawa ia memang adalah projek filem. Bertajuk Sword Art Online Progressive The MOVIE: Aria of a Starless Night, projek ini akan mengembalikan peminat dari awal dengan perspektif baru untuk story arc Aincrad daripada siri novel ringan oleh Reki Kawahara.
Sword Art Online Progressive THE MOVIE: Aria of a Starless Night, akan dilancarkan pada tahun 2021, dan Twitter rasmi untuk filem telah melancarkan visual utama baru untuk projek filem yang melihat rekaan baru bagi Kirito dan Asuna daripada story arc pertama dalam siri. Rekaan ini semestinya tidak asing lagi bagi peminat lama:
Ayako Kawano akan mengarahkan Sword Art Online Progressive The MOVIE: Aria of a Starless Night untuk A-1 Pictures. Kento Toya akan kembali daripada Sword Art Online: Alicization sebagai pereka watak, Yasuyuki Kai akan bertindak sebagai pengarah aksi, dan Yuki Kaijura akan menyediakan skor untuk filem ini. Yoshitsugu Matsuoka dan Haruka Tomatsu juga telah disahkan untuk kembali sebagai suara Kirito dan Asuna.
https://twitter.com/sao_anime/status/1325410075339452416
Sword Art Online Progressive adalah kemas kini untuk story arc Aincrad oleh pencipta Reki Kawahara. Di sini, kita boleh melihat perjalanan Kirito dan Asuna dari aras ke aras dan bukannya seperti adegan di musim pertama yang seolah-olah dipercepatkan. Nampaknya kita akan melihat Kirito dan Asuna dengan lebih banyak kali ini setelah melihat mereka berpisah untuk sebahagian besar musim ketiga anime. Apa pendapat anda?
@gamersantaimy
Discussion about this post