Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem anime baru Slam Dunk akan keluar musim luruh 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2021 - Updated on August 14, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Filem anime baru Slam Dunk akan keluar musim luruh 2022!
0
SHARES
714
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Filem anime terbaru untuk siri manga sukan klasik “Slam Dunk” sah akan keluar di Jepun pada musim luruh 2022. Sebuah video teaser telah didedahkan, yang menunjukkan tarikh pelepasan bagi filem tersebut . Selain itu, pencipta Takehiko Inoue juga akan menulis dan mengarahkan filem ini.

Pada bulan Januari lalu, kami menerima berita bahawa “Slam Dunk” bakal menerima adaptasi filem anime baru oleh pencipta Takehiko Inoue melalui posting di akaun Twitter rasminya. Posting itu tidak memberi apa-apa maklumat tambahan mengenai filem itu tetapi akan diuruskan oleh studio TOEI Animation setelah laman web rasmi untuk projek ini dibuka pada hari yang sama. Seterusnya, TOEI juga mengesahkan bahawa filem ini akan dihasilkan dalam bentuk animasi dan bukannya CGI atau aksi langsung. Itu sahaja info yang saya tahu buat masa ini.

Inoue menerbitkan manga sukan ikoniknya di Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha dari tahun 1990 hingga 1996 dengan jumlah 31 jilid. Manga ini telah mengilhamkan sebuah anime pada tahun 1993, dan ia mendapat empat sekuel dalam bentuk filem anime. Berikut adalah sinopsis menurut Wikipedia:

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Watak utama manga ini ialah Sakuragi Hanamichi. Dia bermula sebagai seorang yang disisihkan dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan populariti, lalu menjadi ketua kepada sebuah kumpulan samseng. Hanamichi yang tidak begitu popular dengan gadis, telah ditolak oleh mereka sebanyak 50 kali. Namun, dia mendapat tahu bahawa Akagi Haruko ialah gadis impiannya dan sangat gembira apabila mendapati Haruko tidak takut kepada Sakuragi.

Haruko kemudian memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku. Pada mulanya, Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan bola keranjang. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang “loser” ( kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang).

Walaupun tidak matang dan amat panas baran, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atilt berpotensi dalam sukan berkenaan (kerana ingin memikat Haruko). Rukawa Kaede – musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP bola keranjang, dan Miyagi Ryota, pemain pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama dengan kapten pasukan Shohoku, Akagi Takenori, berusaha untuk menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.

Sumber – Laman web rasmi Slam Dunk

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefilemmangaSlam Dunk
Previous Post

Bola? Lumba? Atau Berenang? Jom lihat senarai anime Sukan yang menarik untuk ditonton!

Next Post

Salam Takziah dan Al-Fatihah pada Agusalim Bin Amran (Hahagus) yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Salam Takziah dan Al-Fatihah pada Agusalim Bin Amran  (Hahagus) yang telah  kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Salam Takziah dan Al-Fatihah pada Agusalim Bin Amran (Hahagus) yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd