Filem pertama Mechamato rasmi akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 8 Disember 2022, menurut Animonsta -syarikat produksi di sebalik siri kartun Mechamato dan filem BoBoiboy!
Berita ini diumumkan melalui halaman media sosial Mechamato di Twitter. Bukan itu sahaja, pihak studio turut mengeluarkan trailer khas yang anda boleh tonton di bawah:
Selain daripada pengumuman filem animasi, Animonsta akan mula menyiarkan episod siri Mechamato di beberapa siaran mulai bulan Oktober, termasuk Netflix, YouTube Monsta Channel, Minc TV Astro, Vidio, TV3 dan juga TV9.
Mechamato merupakan sekuel kepada siri BoBoiBoy dan mengisahkan Amato, ayah kepada BoBoiBoy ketika dia masih muda. Berikut adalah sinopsis:
Seorang remaja muda yang berani dan baik hati, Amato menjumpai kapal angkasa penjara yang mengandungi robot-robot jahat yang terhempas di Bumi. Salah satu robot itu ialah MechaBot yang mempunyai kebolehan untuk bergabung dan menjadikan objek seharian sebagai alat berteknologi tinggi.
Amato berjaya mengatasi MechaBot dan kini menjadi tuan MechaBot. Sejak itu, MechaBot dan Amato sentiasa bekerjasama untuk mengesan dan menangkap robot-robot jahat.[5]
Filem ini asalnya dirancang untuk dikeluarkan pada 2020, tetapi ditunda ke 2021. Bagaimanapun, disebabkan ketidaktentuan situasi dan vaksinasi wabak COVID-19, filem tersebut telah ditangguhkan beberapa kali hingga lah kita akhirnya dapat tarikh rasmi.
Sekali lagi saya ingatkan, filem Mechamato akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 8 Disember 2022.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Mechamato, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post