Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem 3D CGI pertama Studio Ghibli ‘Earwig and The Witch’ akan keluar di Netflix pada NOV 21!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Filem 3D CGI pertama Studio Ghibli ‘Earwig and The Witch’ akan keluar di Netflix pada NOV 21!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix menambah lagi senarai anime yang kita boleh tonton selepas mengumumkan bahawa mereka akan menayangkan filem animasi terbaru ‘Earwig and the Witch‘ oleh Studio Ghibli yang bakal datang ke platform pada 18 November 2021! Sejak tahun 2020, 21 filem dari Studio Ghibli telah tersedia untuk penonton di seluruh dunia termasuk Malaysia, dengan matlamat untuk menggembirakan peminat lama dan baru dengan gaya penceritaan mereka yang beremosi.

Pengarah Goro Miyazaki berkata;

“Kami sangat gembira bahawa filem Earwig and the Witch akan menjangkau banyak negara dan wilayah melalui Netflix. Filem ini adalah filem 3D CGI pertama oleh Studio Ghibli yang mendorong kami dengan cabaran untuk mencerminkan semangat dan kebanggaan studio menggunakan bentuk seni baru ini. Melalui pengalaman itu, kami bertemu dengan Earwig, seorang protagonis nakal yang belajar untuk mengatasi kesukaran dengan kepandaian dan semangat berterusan. Kami harap anda akan menyukai Earwig, sama seperti anda menghabiskan masa dengan setiap watak utama dalam 21 filem terakhir kami.

Hari ini, dunia terpaksa meneruskan perjalanan ke era yang huru-hara. Kami berharap filem ini dapat memberi inspirasi kepada anak-anak kita yang hidup untuk masa depan.”

Filem terbaru ‘Earwig and the Witch’ menceritakan kisah seorang gadis muda, yang dibesarkan di rumah anak yatim. Hidupnya berubah secara mendadak apabila sebuah pasangan pelik mengambil dia sebagai anak angkat, dan dia terpaksa hidup dengan ahli sihir yang egois. Diarahkan oleh Goro Miyazaki dan dirancangan oleh Hayao Miyazaki serta lakon layar oleh Keiko Niwa dan Emi Gunji, kisah Earwig adalah berdasarkan novel dengan nama yang sama oleh penulis Inggeris Diana Wynne Jones.

Sebagai peringatan, filem Earwig and the Witch oleh Studio Ghibli akan ditayangkan di Netflix mulai 18 November.

Lihat di bawah untuk senarai penuh filem Studio Ghibli yang terdapat di Netflix:

  • Nausicaä of the Valley of the Wind (1984)
  • Castle in the Sky (1986)
  • My Neighbor Totoro (1988)
  • Kiki’s Delivery Service (1989)
  • Only Yesterday (1991)
  • Porco Rosso (1992)
  • Ocean Waves (1993)
  • Pom Poko (1994)
  • Whisper of the Heart (1995)
  • Princess Mononoke (1997)
  • My Neighbors the Yamadas (1999)
  • Spirited Away (2001)
  • The Cat Returns (2002)
  • Howl’s Moving Castle (2004)
  • Tales from Earthsea (2006)
  • Ponyo on the Cliff by the Sea (2008)
  • Arrietty (2010)
  • From Up on Poppy Hill (2011)
  • The Wind Rises (2013)
  • The Tale of The Princess Kaguya (2013)
  • When Marnie Was There (2014)
  • Earwig and the Witch (2020)

Untuk memudahkan pencarian, anda boleh tekan pautan INI untuk terus pergi ke pautan Ghibli di Netflix.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEarwig and the WitchnetflixStudio Ghibli
Previous Post

Menggunakan wira legenda Mahabharata, Battle of Satria Dewa game MOBA terbaru hasil dari Indonesia!

Next Post

ODEX mengumumkan tiga filem anime baru untuk ditayangkan di Asia Tenggara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
ODEX mengumumkan tiga filem anime baru untuk ditayangkan di Asia Tenggara!

ODEX mengumumkan tiga filem anime baru untuk ditayangkan di Asia Tenggara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd