Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fikir rakaman betul perang Rusia-Ukraine, rupanya gameplay Arma 3 – Propaganda saja!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 29, 2022
in Artikel, Berita, Game, Shooter
0 0
0
Fikir rakaman betul perang Rusia-Ukraine, rupanya gameplay Arma 3 – Propaganda saja!
Share on FacebookShare on Twitter

Arma sentiasa dikenali sebagai game yang menggambarkan perang dengan sangat realistik, tetapi realisme pasti boleh menimbulkan perkara yang tidak betul. Sebagai contoh, gameplay Arma 3 telah digunakan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai rakaman propaganda untuk peperangan sebenar.

Dear community,

We are fully aware that fake videos from our #Arma3 title appear on the internet, pretending to be original videos from various armed conflicts.

Here you can read our official statement 👉 https://t.co/jwMNB1AMwl pic.twitter.com/zGoTBGR8NI

— Bohemia Interactive (@bohemiainteract) November 28, 2022

Pembangun Arma 3, Bohemia Interactive, telah mengeluarkan kenyataan tentang isu ini, dan mereka menyatakan bahawa mereka berasa terharu kerana ramai orang menganggap game ini kelihatan seperti di dunia sebenar. Namun, kerana game ini telah disalahgunakan, mereka sendiri telah mengutuk game tersebut.

Rakaman game tersebut seperti seolah-olah sedang menggambarkan pertempuran di dunia sebenar. Mereka menyedari bahawa perkara ini pernah berlaku sebelum ini, di mana rakaman Arma 3 kononnya menggambarkan konflik di Afghanistan, Syria, Palestin, India dan Pakistan.

Pengurus PR Bohemia Intractive, Pavel Krizka menyatakan:

Kami berjaya untuk menjumpai cara terbaik untuk menangani masalah ini dengan bekerjasama secara aktif bersama media terkemuka dan pemeriksa fakta seperti AFP, Reuters dan sebagainya, yang mempunyai pengaruh yang luas dan keupayaan untuk melawan penyebaran berita palsu dengan berkesan.

Kenyataan ini termasuk dengan beberapa ciri-ciri yang perlu diberi perhatian apabila anda cuba membezakan antara pertempuran di dunia sebenar dan di dalam game Arma 3. Ia termasuk dengan perkara seperti video beresolusi rendah, penggunaan kamera yang bergegar, berada dalam keadaan gelap atau pada waktu malam, mempunyai paparan HUD dan banyak lagi. Itu semua adalah ciri-ciri yang mungkin akan digunakan oleh propagandis untuk cuba menyebarkan rakaman seperti sedang berada di zon perang.

Secara umumnya, media mainstream sedang bergelut untuk membezakan pertempuran di dunia sebenar daripada game realistik, jadi para pemain perlu melakukan sesuatu dan memastikan perkara yang tidak diingini berlaku. Kita perlu menyemak tentang fakta yang dikeluarkan oleh pihak media sama ada ia merupakan berita palsu atau sahih.

Kenyataan Bohemia Interactive berakhir dengan meminta para pemain yang berkongsi rakaman Arma 3 untuk menyatakan dengan jelas tanpa unsur clickbait. Kini, game sudah menjadi semakin realistik dan orang ramai perlu memberi perhatian dengan lebih teliti berbanding sebelum ini.

Jadi apa pendapat anda tentang propaganda yang disebarkan melalui gameplay Arma 3 dengan impaknya kepada dunia? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Untuk banyak lagi liputan menarik tentang game, anime dan sebagainya, boleh ikuti Gamer Santai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: arma 3Bohemia Interactive
Previous Post

NVIDIA bakal menghentikan RTX 2060 & GTX 1660, kos bina PC semakin tinggi!

Next Post

Tiga Cosplayer dibunuh oleh sekuriti Rusia, salah anggap mereka pengintip Ukraine

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Tiga Cosplayer dibunuh oleh sekuriti Rusia, salah anggap mereka pengintip Ukraine

Tiga Cosplayer dibunuh oleh sekuriti Rusia, salah anggap mereka pengintip Ukraine

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd