Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Figura Ganyu dari Genshin Impact diumumkan!

Maira by Maira
October 27, 2021
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Genre, Produk
0 0
0
Figura Ganyu dari Genshin Impact diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Mihoyo terus menambah barisan patung figura baru dari permainan Genshin Impact. Pada bulan November, figura Ganyu akan menyertai senarai barisan itu dan anda boleh mendapatkannya tanpa bergantung pada RNG.

Debut figura Ganyu di Tmall dijadualkan pada 1 November untuk peminat di China, tetapi Mihoyo masih tidak mempunyai kedai rasmi untuk peminat di tempat lain pada masa ini. Jika anda menaruh harapan untuk mendapatkan setiausaha Liyue Qixing kesayangan anda sendiri, jangan risau. Peruncit seperti AmiAmi, Big Bad Toy Store dan kedai-kedai lain yang biasanya akan menjual patung figura Genshin Impact sejurus selepas prapesanan disiarkan secara langsung di China.

Apex juga kembali sebagai syarikat yang menghasilkan figura Genshin Impact seterusnya, ia adalah pembuat yang sama yang anda lihat seperti Keqing dan Klee. Ganyu sangat sesuai untuk diletakkan disebelah mereka dengan skala 1/7 yang dijadualkan untuk dihantar kepada pembeli pada Januari 2023. Harga Tmall untuk figura ini mencecah sekitar $115 (anggaran RM480), tetapi dijangkakan akan lebih tinggi jika anda membelinya daripada penjual lain.

Ganyu akan menyertai barisan figura PVC terperinci yang lain seperti Mona dari pembuat Wonderful Works dan Ningguang yang berharga lebih daripada $400 (anggaran RM 1700) daripada scalper. Jika anda tidak berminat untuk mengumpul figura, anda juga boleh dapatkan merchandise Genshin Impact yang lain kerana Mihoyo baru sahaja mengumumkan merchandise untuk konsert ulang tahunnya dengan artifak sebenar.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Jika anda ingin menyimpan ganjaran dalam permainan, Mihoyo seperti biasa mempunyai kemas kini yang telah dirancang. Versi 2.2, Into the Perilous Labyrinth of Fog, baru sahaja dilepaskan awal bulan ini. Childe dan Hu Tao kembali ke banner gacha bersama Thoma yang akan menyertai barisan watak baru untuk pasukan anda.

Bukan setakat itu sahaja, HOYO FEST juga akan membuka kafe bertemakan Genshin Impact pada 3 Disember sehingga 14 Disember ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati menu istimewa kolaborasi di kafe itu. Jika anda ingin membaca liputan lain mengenai Genshin Impact, sila klik pada pautan ini.

Sumber: The Gamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FiguraGanyuGenshin Impact
Previous Post

Game horror A Quiet Place diumumkan berdasarkan filem oleh Paramount Pictures

Next Post

Marvel Eternals antara filem MCU dengan rating terendah di Rotten Tomatoes

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Marvel Eternals antara filem MCU dengan rating terendah di Rotten Tomatoes

Marvel Eternals antara filem MCU dengan rating terendah di Rotten Tomatoes

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd