Tales of ARISE akan tersedia pada 9 September 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X | S dan 10 September 2021 untuk PC melalui Steam di Asia Tenggara (Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia). Permainan ini menandakan kemasukan baru dalam siri Tales yang telah membangun warisan selama lebih dari 25 tahun dan evolusi seterusnya untuk francais JRPG. Pemain yang membeli permainan di PlayStation 4 akan dapat menaik taraf secara percuma ke PlayStation 5. Anda boleh rujuk artikel pelancaran Tales of ARISE di sini.
Bersama pengumuman ini, tarikh pelancaran, permainan dan treler persekitaran, serta video pesanan pengeluar juga telah dikongsikan. Bukan itu sahaja, kami akan mengongsikan edisi-edisi yang anda boleh dapatkan untuk Tales of ARISE hanya untuk Asia Tenggara.
Semua versi pra-pesanan dan pakej retail Day-1 akan menerima kostum baru untuk Alphen dan Shionne, serta aksesori pakaian dan resepi memasak serta bahan baru. Versi pakej ini hanyalah dikeluarkan untuk Asia Tenggara untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4. Versi pakej termasuk bonus digital pra-pesanan hanya untuk pengeluaran pertama. Jumlah pengeluaran awal adalah terhad dan akan berakhir sebaik sahaja penjualan habis.Manakala untuk platform Digital, terdapat Deluxe dan juga Ultimate untuk didapati.
Berikut adalah apa yang akan anda dapati dalam Deluxe Edition Tales of ARISE;
- Premium Item Pack, terdapat gold, barangan memasak dan Boosts
- Premium Costume Pack, termasuk 8 kostum penuh dan 6 aksesori
- Premium Travel Pack, memungkinkan untuk memasak dan membuat kraf yang lebih baik serta potongan harga di store
Ultimate Edition akan mempunyai semua kandungan dari Deluxe Edition serta kostum baru untuk watak-watak termasuk kostum khas bekerjasama dengan permainan BANDAI NAMCO Entertainment yang lain.
Edisi Collector Edition fizikal juga akan tersedia dan menyertakan kandungan yang sama dengan Ultimate, bersama dengan figura eksklusif, Steelbook, Artbook dan Soundtrack permainan. Edisi ini boleh dibeli di peruncit yang mengambil bahagian di Asia Tenggara. Ingat ye, Collector Edition perlu didapati sementara stok masih tersedia di peruncit negara terpilih yang mengambil bahagian.
Hootle Edition khas akan tersedia secara eksklusif dan dalam jumlah terhad di BANDAI NAMCO Entertainment Asia store di kemudian hari. Edisi ini akan merangkumi, selain permainan asas, casing logam, Artbook, Soundtrack, patung Hootle 15 cm beserta 4 aksesori, Hootle DLC untuk permainan serta pelekat dan 3 cetakan seni.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Tales of ARISE dan produk lain dari BANDAI NAMCO Entertainment Asia sila lawati laman web rasmi , atau ikuti di Facebook dan Twitter.

@gamersantaimy
Discussion about this post