Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“FighterZ Pass 3” untuk Dragon Ball FighterZ diumumkan! Ianya termasuk Kefla dan Goku Ultra Instinct!!!

Peghhh makin menarik DLC DBFZ sekarang ni!

Nyny.A by Nyny.A
February 10, 2020
in Artikel, Berita, PS4, Xbox One
0 0
0
“FighterZ Pass 3” untuk Dragon Ball FighterZ diumumkan! Ianya termasuk Kefla dan Goku Ultra Instinct!!!
Share on FacebookShare on Twitter

Kehangatan Dragon Ball FighterZ World Tour Finals masih belum reda yang berlansung hujung minggu lalu dan lebih menarik dalam acara tersebut Bandai Namco telah mengongsikan sepenuhnya watak DLC baru yang akan datang ke kandungan musim ketiga “FighterZ Pass 3” Dragon Ball FighterZ!

Producer Tomoko Hiroki telah ke pentas utama untuk mendedahkan Ultra Instinct Goku ke dalam permainan serta treler permainan pendedahan Kefla yang turut akan berada dalam pas ini! Dalam awal treler tersebut mereka menampilkan Finishing yang agak dramatik perlawanan antara Frieza dan Goku menumpaskan Jiren, jadi dari situ kita nampak Ultra Instinct Goku beraksi dengan tumbukan bertubi-tubi kepada Jiren. Jom lihat treler sepenuhnya disini dahulu;

Goku juga nampak seperti mempunyai mekanik mengelak yang unik dan membolehkanya meluru sepenuhnya projektil diatas tanah dan udara serta kumudianya berada dibelakang pihak lawan untuk serangan besar. Dan yang terakhir apa yang kelihatannya sama dengan gengaman Gogeta di mana Ultra Instinct Goku berlari melalui lawan sepenuhnya sebelum mereka ditinggalkan dipukul oleh rentetan pukulan yang halimunan.

Setelah menunjukkan aksi-aksi gempak dalam treler tersebut, beberapa tapak kosong ditunjukkan dengan Ultra Instinct Goku dan slah satunya didedahkan dan ia merupakan Kefla! Jadi Kefla akan menjadi DLC yang kelima tahun ini. Kefla adalah Potara dari enam alam Saiyans Caulifla dan Kale dimana pengakhiranya dia menjadi pahlawan terkuat di Tournament of Power.

Permainan beliau bermula dengan rentetan, termasuk tendangan rendah yang boleh dibatalkan ke dalam ki blast yang kelihatan sama seperti Broly’s Giant Eraser blast diikuti oleh apa yang kelihatannya tahap super Kefla yang menarik keluar enam probe orb untuk dilemparkan ke musuhnya.

Super Saiyan wania pertama ini juga nampaknya mempunyai command dash di udara yang menyerang pihak lawan dengan laju tanpa terperasan. Juga terdapat seperti Gotenks’ Kamikaze Ghosts dimana Kefla melemparkan bebola orb nya ke udara dan bebola tersebut kembali seperti hujan yang menyerang Goku.

Memang seronok rasanya apabila nampak Kefla akan bersama didalam permainan fighting yang gempak ini. Hiroki juga mendedahkan fungsi Z assist pemainan akan berkembang untuk musim ke-3 ini bersama tiga bantuan yang boleh dipilih dan datang dengan kemaskini untuk setiap watak dalam permainan. Perkembangan dengan pembaharuan keseimbangan dan mekanik baru akan datang ke musim 3 ini dan akan didedahkan spesifiaksinya dengan tepat kelak.

Tambahan DLC Kefla akan hadir pada 28 Februari 2020. Sesiapa yang menjadi ahli musim ke-3 FighterZ, mereka dapat memainkanya 2 hari lebih awal. Manakala Ultra Instinct Goku akan hadir dalam musim bunga 2020.

Sumber: Anime News Network

Beli disini Gaiss!!
Dragon Ball FighterZ
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Arc System Works
Release Date: 2018-01-26
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Dragon Ball FighterZ merupakan fighting games 2D dari Arc System Works dan dikeluarkan oleh Bandai Namco Entertainment yang menampilkan pelbagai hero dari siri Dragon Ball
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoDragon Ball FighterZDragon Ball FighterZ World Tour FinalsKeflaUltra Instinct Goku
Previous Post

Memang memuaskan guna The Joker di Mortal Kombat 11! Meh usha review kami!

Next Post

Menanti Yakuza Remastered Collection dibuka sepenuhnya? Apa kata kita selami sejarah Yakuza!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Menanti Yakuza Remastered Collection dibuka sepenuhnya? Apa kata kita selami sejarah Yakuza!

Menanti Yakuza Remastered Collection dibuka sepenuhnya? Apa kata kita selami sejarah Yakuza!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd