Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[FGS 2020] Hanya eksklusif di PlayStation, Quantum Error ialah game FPS sci-fi horror terbaru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
[FGS 2020] Hanya eksklusif di PlayStation, Quantum Error ialah game FPS sci-fi horror terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Quantum Error, sebuah game sci-fi horror FPS, telah mengeluarkan trailer baru di Future Games Show. Sedang dibangunkan untuk PS5 dan PS4, game seram ini akan meletakkan pemain sebagai seorang kapten di jabatan bomba California. Jacob Thomas telah dihantar ke Monad Quantum Research Facility, setelah kompleks tersebut tiba-tiba terbakar. Malangnya, dia tidak tahu bahawa penyebab kebakaran adalah kerana entiti yang tidak diketahui.

Thomas, bersama dengan rakannya Shane Costa dan krew yang lain, akhirnya tiba ke lokasi dengan niat untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan memastikan semua selamat. Seperti dalam game seram lain, semuanya tidak berjalan lancar, dan misi penyelamatan ini jauh berbeza daripada apa yang mereka sangkakan.

TeamKill tidak mempunyai banyak pengalaman dalam genre seperti ini, selepas melancarkan game seram Kings of Lorn: The Fall of Ebris untuk PC dan PS4. Game ini fokus pada pertempuran jarak dekat dengan senjata kuno, dan bukannya dengan senapang di ruang yang kecil. Agak menarik untuk melihat perkembangan ini, dan saya harap lebih banyak info akan didedahkan dalam masa terdekat.

Pembangun Quantum Error, TeamKill Media, berharap untuk menyelesaikan game ini selaras bersama pelancaran PS5. Mereka belum membuat pengumuman untuk tarikh rasmi dan kami pun tidak tahu apakah tarikh tepat untuk keluaran PS5. Jika tiada masalah berlaku, ia pasti akan keluar pada hujung tahun ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Future Games ShowPS4ps5Quantum ErrorTeamKill Media
Previous Post

[PCGS 2020] Inilah gameplay pertama PS5 eksklusif GODFALL di PC!

Next Post

[FGS] Bermain sebagai ninja siber di Ghostrunner! Gameplay rasmi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[FGS] Bermain sebagai ninja siber di Ghostrunner! Gameplay rasmi!

[FGS] Bermain sebagai ninja siber di Ghostrunner! Gameplay rasmi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd