Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Feature “Death Replay” diadakan untuk kemaskini PUBG Mobile 0.17.0!

Agar pemain boleh belajar dari kesilapan sambil mengenal pasti jika ada hacker.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 2, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Feature “Death Replay” diadakan untuk kemaskini PUBG Mobile 0.17.0!
Share on FacebookShare on Twitter

Tencent Games akan menambah feature “Death Replay” ke PUBG Mobile dengan pelancaran versi 0.17.0 tidak lama lagi! Death Replay adalah feature yang ditunggu-tunggu di kalangan fanbase PUBG Mobile, kerana pemain versi PUBG PC sudah menikmati feature ini dahulu. Bagi mereka yang ingin tidak tahu, Death Replay akan menunjukkan saat-saat terakhir pemain sebelum mereka dibunuh oleh musuh. Ini adalah alat yang berguna untuk memperbaiki kesilapan pemain, mengubah strategi yang berkesan, atau mengenal pasti kesalahan bagi mengelakkan ia daripada berulang pada masa depan.

COMING IN 0.17.0! Death Replays will be available for you to peruse the last few seconds before your untimely downfall! ☠️ pic.twitter.com/818Rr144Fv

— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) February 28, 2020

Tencent juga mengumumkan penambahan “Death Replay” sebagai sebahagian daripada “Project: Ban Pan,”sebuah strategi proaktif oleh pasukan pembangunan PUBG Mobile untuk menghapuskan hacker dan penipu daripada permainan. Dengan membenarkan pemain untuk melihat bagaimana mereka dibunuh dalam permainan, “Death Replay” akan membantu pemain mengenal pasti dan melaporkan penipu tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah:

Death Replay bukanlah satu-satunya feature menarik dalam kemas kini versi 0.17.0! Selain daripada senjata baru dan penanda peta taktikal, pemain boleh cuba “Extreme Cold Mode“- mode permainan baru yang memaksa pemain untuk bertahan hidup dalam persekitaran sejuk melampau, sambil membina tempat perlindungan dan memburu haiwan untuk makanan.

Kemaskini 0.17.0 untuk PUBG Mobile boleh didapati pada 3 Mac 2020.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 0.17.0Death ReplayExtreme Cold ModeProject: Ban Panpubg mobiletencent
Previous Post

Marvel dan Tsuburaya berkolaborasi untuk komik terbaru ULTRAMAN!

Next Post

*SPOILER* Kejadian sebenar di sebalik kematian Kozuki Oden dalam One Piece!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
*SPOILER* Kejadian sebenar di sebalik kematian Kozuki Oden dalam One Piece!

*SPOILER* Kejadian sebenar di sebalik kematian Kozuki Oden dalam One Piece!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd