Square Enix dan Mistwalker telah mengumumkan game RPG baharu ‘FANTASIAN Neo Dimension‘ untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam, yang bakal dilancarkan pada musim sejuk ini (sekitar Disember 2024 sehingga Mac 2025).
Berikut adalah trailer untuk gambaran umum:
FANTASIAN asalnya dilancarkan untuk Apple Arcade dalam dua bahagian: bahagian pertama pada 1 April 2021 dan bahagian kedua pada 13 Ogos 2021. Tetapi selepas perancangan yang teliti, game ini nampaknya dibawa ke platform konsol dan PC.
Bapa kepada Final Fantasy, Hironobu Sakaguchi dan komposer terkenal Nobuo Uematsu kembali untuk menyampaikan cerita RPG original. Alami game FANTASTIAN yang dahulu dilancarkan untuk iOS tetapi kini ditambah baik dengan ciri serba baharu, termasuk lakonan suara bahasa Inggeris dan Jepun serta pilihan difficulty tambahan.

Di sini, pemain konsol dan PC boleh mengalami kisah original dan sistem pertempuran turn-based moden, dengan pelbagai mekanik unik dan pertempuran strategik yang merombak formula RPG klasik. Lebih menarik lagi, pemain akan terokai alam semesta berbagai dimensi yang dihidupkan dengan lebih 150 latar belakang diorama menawan yang dibuat pakai tangan.
Sinopsis

“Mechteria—jangkitan mekanikal maut yang merampas emosi dan nyawa manusia—secara perlahan-lahan melanda dunia. Protagonis Leo bangun dengan hanya satu ingatan di tanah aneh yang penuh dengan mesin.”
“Dunia manusia, diancam oleh mechteria… dunia mesin, penuh dengan misteri… dan dimensi ghaib yang berselindung di sebalik semuanya.”
“Menggunakan Warp Device yang ditinggalkan, Leo kini mesti memulakan perjalanan interdimensi untuk mendapatkan semula memorinya yang hilang dan menyelamatkan dunia daripada jangkitan mechteria.”

@gamersantaimy
Discussion about this post