Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fakta ringkas mengenai Okkotsu Yuta, protagonis untuk Jujutsu Kaisen 0!

Maira by Maira
March 10, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Fakta ringkas mengenai Okkotsu Yuta, protagonis untuk Jujutsu Kaisen 0!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan tayangan filem Jujutsu Kaisen 0 hari ini, anda akan melihat Okkotsu Yuta lebih banyak memandangkan filem tersebut bertumpu padanya. Selama ini jika kita menonton anime, kita hanya mendengar namanya dan nampak cameo pada lagu opening anime. Jadi, kali ini mari saya perkenalkan kepada anda siapa itu Okkotsu Yuta dan beberapa trivia mengenainya sempena tayangan JJK0!

Protagonis asal untuk siri Jujutsu Kaisen

Kalau anda ingin tahu, protagonis untuk Jujutsu Kaisen pada mulanya bukanlah Itadori Yuji tetapi Okkotsu Yuta. Dia merupakan senior kepada Yuji, Megumi, Nobara di Tokyo Jujutsu High. Siri manga pendek yang telah diterbitkan, kini merupakan jilid 0 Jujutsu Kaisen itu telah mendapat sambutan hebat daripada pembaca. Ini antara mengapa siri ini berjaya menempah tempat dalam Shonen Jump.

Watak kedua terhebat

Kekuatan Yuta telah membolehkannya menduduki tempat kedua selepas Gojo. Kemahiran bertarungnya yang sangat baik telah menjadikannya lebih kuat daripada sebelumnya. Malah, Orang atasan meminta Yuta untuk mengendalikan Sukuna.

Salah seorang Special Grade Jujutsu

Hanya ada lima watak dalam keseluruhan manga Jujutsu Kaisen yang telah mendapat gelaran ahli sihir jujutsu “special grade”. Mereka ialah Satoru Gojo, Suguru Geto, Yuki Tsukumo, Masamichi Yaga, dan Yuta Okkotsu. Kalau anda menonton musim pertama anime, anda telah melihat kekuatan Gojo dan Yaga. Yuta sangat unik kerana dia tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai jujutsu apabila mendapat grade tersebut.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai grade dalam Jujutsu Kaisen, boleh klik pautan ini.

Pada mulanya Yuta seorang manusia yang disumpah

Yuta, pada mulanya, adalah second-grade cursed human. Rakannya, Orimoto Rika, menghantui sepanjang hayatnya. Ini menyebabkan dia sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Yuta juga menjalani hidupnya dengan rasa bersalah dan sentiasa takut bahawa dia atau Rika mungkin menyakiti orang lain.

Berketurunan daripada Big Three Vengeful Spirit di Jepun

Okkotsu Yuta juga adalah salah seorang daripada keturunan Big Three Vengeful Spirit di Jepun. Michizane Sugawara, moyang kepada Yuta adalah salah satu daripadanya roh tersebut. Lebih menarik lagi, Gojo juga salah seorang daripada keturunan Michizane dan ini secara tidak langsung membuatkan Yuta dan Gojo saudara jauh.

Mempunyai cursed energy lebih banyak daripada Gojo

Selepas Yuta balik daripada latihan di luar negara, cursed energy Yuta telah meningkat dengan tinggi malah pedangnya juga penuh dengan tenaga itu. Kemahiran Six Eyes Gojo membolehkannya untuk lihat tahap cursed energy disekelilingnya. Dengan ini, ia membantunya untuk melihat prestasi anak muridnya. Gojo memberitahu bahawa Yuta mempunyai tenaga yang lebih tinggi daripadanya, dan itu sememangnya pujian yang jarang diberikan oleh Gojo sendiri.

Dia yang menyumpah Rika

Disebabkan Yuta salah seorang daripada keturunan Michizane, dia telah menyumpah Rika kerana tidak boleh menerima kematian mengejutnya. Rika sememangnya telah terikat dengan Yuta selepas dia mati, tetapi sebenarnya Yuta lah yang menyumpahnya kerana ingin hidup bersama Rika selama-lamanya. Kuasa daripada Rika jugalah yang membuatkan Yuta salah seorang daripada special grade sama seperti Gojo.


Itu sahaja yang saya boleh kongsikan buat masa ini. Anda yang akan menonton filem Jujutsu Kaisen 0, harap anda berseronok menontonnya. Untuk mendapatkan segala liputan lain mengenai Jujutsu Kaisen, anda boleh klik pautan ini.

Sumber: Jujutsu Kaisen Fandom

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jujutsu KaisenJujutsu Kaisen 0Okkotsu Yuta
Previous Post

Gigabash memperkenalkan kaiju terbaru ‘Rawa’ bersama trailer baru!

Next Post

Gotham Knights akan dilancarkan pada 25 Oktober 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
Gotham Knights akan dilancarkan pada 25 Oktober 2022

Gotham Knights akan dilancarkan pada 25 Oktober 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd