Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fakta! Ini adalah sebab kenapa Maito Gai tidak menggunakan Ninjutsunya!

Nak tengok Gai buat ninjutsu boleh dikira rasanya kan~

Nyny.A by Nyny.A
July 16, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Panduan
0 0
0
Fakta! Ini adalah sebab kenapa Maito Gai tidak menggunakan Ninjutsunya!
Share on FacebookShare on Twitter

Kebanyakan manga dan anime mempunyai satu atau dua watak yang agak ganjil dan lain daripada yang lain. Dalam siri Naruto yang seperti ramai tahu, salah satu watak tersebut dalah Maito Gai (Guy) dan anak muridnya Rock Lee. Kita tahu hampir semua watak didalam siri Naruto menunjukan hampir semua watak ada Ninjutsu serta ada yang mempunyai pengecualian. Seperti Guy yang sangat-sangat jarang menggunakan Ninjutsunya dan ianya bukan kerana Guy tidak dapat menggunakannya, sebaliknya dia yang memilih untuk tidak menggunakannya. Jangan kata tidak ada alasan untuk jawapan tersebut.. Nak tahu? Jom sambung baca!

Psssttt…Singgah baca Fakta yang mungkin anda tidak tahu mengenai Naruto juga~

Sejak dari kecil, Guy memang dikenali dengan tidak mampu menggunakan ninjutsu dan sifatnya itu diwarisi oleh bapanya Maito Dai. Dai menghabiskan seluruh kehidupannya sebagai genin kerana dia tidak dapat masuk ke akademi akibat tidak mempunyai kemampuan menggunakan Ninjutsu dan Guy hampir mendapati dirinya berada dalam situasi yang sama. Tetapi dengan kata-kata semangat ayahnya Guy meneruskan apa yang diinginkannya dan memasuki akademi ninja.

Prestasi Guy di akademi ninja adalah sederhana, menampilkan kemahiran yang serba sedikit untuk ninjutsu dan genjutsu. Chakranya pula telah dipastikan adalah Api dan Kilat. Walau bagaimanapun, Guy terus berusaha mengidolakan bapanya yang hebat dalam kombat menggunakan tangan dan Guy melatih dirinya untuk menjadi salah satu Taijutsu terhebat di Konoha .

Pada awal siri Naruto, Guy dah nampak sifat menarik yang ditampilkan oleh anak muridnya Rock Lee iaitu dia tidak mempunyai kemampuan untuk menggunakan chakra atau menjadi ninja. Untungnya Lee, Guy sangat berempati dan menerima untuk melatihnya menjadi pengguna Taijutsu yang baik. Kalau anda memang fanatik siri Naruto, anda pasti tahu bertapa akrabnya hubungan Guy dan anak murudnya si Lee ini. Ini termasuk dengan watak, cara dan rasa yang sama bukan sekadar dalam pertarungan, juga pada rasa humor dan fesyen yang serupa.

Walaupun nampak macam biasa-biasa Guy ini dan ada episod yang membuat adegan pelik-pelik, dia sebenarnya bukan boleh dipandang rendah macam tu je, sebab Guy membuktikan dia dapat menggunakan ninjutsu sampai batas tertentu seperti dengan membuat jutsu summoning dimana jutsu ini memerlukan penggunanya menggunakan chakra yang kuat untuk memanggil binatang yang besar dan dia memanggil Ningame. Oleh kerana tidak semua shinobi di alam semesta Naruto memiliki jutsu ini, ini menunjukkan Guy bukanlah boleh dipandang sebelah mata dari shinobi level chunin yang biasa-biasa.

Namun, alasan sebenar Guy menolak untuk terus menggunakan serangan berasaskan ninjutsu mungkin tidak semestinya kerana dia mempunyai kemahiran ninjutsu atau genjutsu yang lemah. Sekiranya anda kembali ke bahagian awal siri Naruto, Guy membandingkan dirinya dengan Lee yang menyedihkan dan berjanji untuk menjadikannya shinobi yang sangat kuat walaupun yang terakhir kekurangan chakra. Akibatnya, seseorang dapat menafsirkan bahawa Guy memutuskan untuk tidak menggunakan serangan berdasarkan ninjutsu dalam pertempuran kerana anak murid kesayangannya. Sebagai penggantinya, dia ingin menunjukkan jalan yang baik dan memimpin pelajarnya dengan penuh teladan. Dia mencapainya dengan bertarung tanpa ninjutsu sehingga menunjukkan kepada muridnya agar tidak patah semangat.

Keputusan Guy mungkin serba sedikit ada mempengaruhi hasil konfrontasinya kerana dia tidaklah “perfect” didalam ninjutsu. Tetapi pada masa yang sama, jika dia terus menggunakan ninjutsunya, Guy kemungkinan besar akan menjadi lebih kuat dan digeruni. Tetapi sayangnya dia mengorbankan peluang ini untuk anak murid kesayangannya Lee. Lee juga sentiasa memberi reaksi psitif terhadap tingkah laku mentornya hingga menjadikan Guy ibarat contoh terbaik untuknya. Dia sangat memuja Guy, malah dia sampai menangis ketika Guy membuka Hachimon [Eight Gate] untuk melawan Rikudō Sennin [Sage of Six Paths] Madara.

Kelemahan Guy dalam ninjutsu tidak menunjukkan bahawa dia sama sekali tidak dapat menggunakannya. Dia lebih suka memilih untuk tidak menggunakan ninjutsu sebagai cara untuk menunjukkan Rock Lee bahawa dia boleh menjadi ninja yang hebat dengan hanya bekerja cukup keras.

Apa pendapat anda semua dengan pilihan Maito Gai? Bernas tak bernas pilihannya itu? Okay, pada anda yang nak tahu selebihnya mengenai siri-siri dan game Naruto, jangan lupa singgah link ini. Chaw!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FaktaFandomGUY NarutoGUY|Maito GaiMIGHT GUYnaruto
Previous Post

Game Battle Royale SPELLBREAK akan dilancarkan sebagai sebuah tajuk free-to-play!

Next Post

Siri secara rasmi dilancarkan di Malaysia menampilkan kamera berkelas professional!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Siri secara rasmi dilancarkan di Malaysia menampilkan kamera berkelas professional!

Siri secara rasmi dilancarkan di Malaysia menampilkan kamera berkelas professional!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd