Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fairy Tail: Populariti Hebat Di Seluruh Dunia Tetapi Tidak Setanding “Big Three”!

Maira by Maira
October 18, 2022 - Updated on October 8, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Fairy Tail: Populariti Hebat Di Seluruh Dunia Tetapi Tidak Setanding “Big Three”!
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia anime kini semakin meriah dengan kehadiran banyak siri-siri yang menarik, malah mempunyai populariti yang hebat daripada peminat. Walaupun begitu, agak susah juga untuk mereka mencapai populariti yang setanding dengan “Big Three”– Naruto, One Piece dan Bleach. Salah satunya, siri popular Fairy Tail oleh Hiro Mashima yang diterbitkan dalam majalah Shonen.

Kalau anda sebut tajuk anime tersebut, sudah tentu ramai yang akan mengenalinya. Walaupun mempunyai populariti yang hebat serta penceritaan yang agak menarik, Fairy Tail masih jauh untuk mencapai status tinggi yang sama seperti Big Three. Jadi jom kita selidik sedikit, mengapa Fairy Tail gagal untuk mencapai status hebat tersebut.

Penceritaan yang mudah diduga

Kalau anda mengikuti siri Fairy Tail daripada awal, mesti anda tahu bagaimana plot penceritaannya. Memang siri ini mempunyai plot yang sudah kukuh tetapi pelaksanaannya pula yang kurang berjaya.

Lebih-lebih lagi dengan “plot armor” yang dimiliki oleh watak-watak. Ini yang membuatkan penonton boleh meramal perkara yang akan terjadi dalam siri. Terus tidak menjadi kejutannya.

Kekuatan “Nakama Power”

Istilah “Nakama power” ataupun kuasa persahabatan antara satu elemen yang sering digunakan dalam mana-mana siri anime. Tetapi tidaklah sebanyak Fairy Tail. Konsep ini telah digunakan sebagai plot armor sepanjang siri.

Bayangkanlah semasa arc Grand Magic Games, ahli Fairy Tail semuanya tidak mempunyai harapan untuk menang. Tetapi dengan hanya menggunakan “nakama power” terus arus perlawanan bertukar dan musuh dikalahkan dengan mudah. Memang hilang impak arc tersebut setelah perkara ini berlaku.

Pembinaan dunia yang lemah

Kalau anda peminat tegar, anda mesti sedar bahawa protagonis kita jarang sangat keluar daripada Kingdom of Fiore. Punyalah besar dunia siri tersebut, cerita mengenai kerajaan lain memang tidak dikembangkan sangat. Kalau nak dibandingkan dengan siri fantasi lain seperti Naruto dan One Piece, memang jauh sekali perkembangan dunia Fairy Tail dengan siri tersebut.

Tidak banyak antagonis yang menarik

Tanpa antagonis, bagaimana watak protagonis nak dikembangkan betul tidak? Tetapi antagonis dalam Fairy Tail yang betul-betul memberikan impak hanyalah Zeref dan Jellal. Yang lain pula hanyalah musuh yang dihasilkan untuk plot semata-mata. Malah tidak mempunyai latar belakang dan motif yang diterangkan dengan lebih mendalam. Sampai susah untuk ingat nama mereka ini.


Apa pula pandangan anda tentang siri ini? Boleh kongsikannya di ruangan komen! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Big ThreeFairy Tail
Previous Post

[Preview] Valorant bawakan agent “Water Bender”, Harbor sebagai Controller!

Next Post

Harrison Ford menyertai Marvel, debut pertama dalam filem Captain America 4

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Harrison Ford menyertai Marvel, debut pertama dalam filem Captain America 4

Harrison Ford menyertai Marvel, debut pertama dalam filem Captain America 4

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd