Hari ini, di acara Oculus Connect 6 di San Jose, media sosial gergasi Facebook mengumumkan Facebook Horizon, sebuah dunia sosial massive-multiplayer VR yang datang ke Oculus Quest dan Oculus Rift.
https://www.youtube.com/watch?v=Is8eXZco46Q&feature=youtu.be
Trailer untuk game ini menunjukkan pemain melakukan pelbagai aktiviti seperti melukis, menjelajah pulau, berinteraksi dengan rakan-rakan, menaiki kapal terbang, dan bermain laser tag atas bulan. Antara petikan yang ditulis oleh syarikat di blog post laman web rasmi Oculus,
VR sudah menjadi pelantar yang bagus untuk bergaul dengan rakan-rakan, bermain permainan, dan menonton filem. Ia juga cara yang hebat untuk mempelajari kemahiran baru dan meneroka dunia. Rasa ingin tahu dan hubungan manusia menjadi fokus utama kepada setiap pengalaman ini, dan mereka juga merupakan pusat Horizon. Bermula dengan bandar yang sibuk di mana orang ramai akan bertemu dan bergaul, pengalaman Horizon kemudiannya berkembang ke dunia yang saling berkaitan di mana orang boleh meneroka tempat baru, bermain permainan, membina komuniti, dan juga membuat pengalaman baru mereka sendiri.
Menurut blog yang sama, Facebook Horizon mengandungi pelbagai aktiviti dan permainan yang direka oleh Facebook, tetapi juga akan membolehkan pengguna untuk mereka dunia, pengalaman dan permainan mereka sendiri menggunakan alat di dalam Horizon tanpa perlu coding. Syarikat itu juga berjanji untuk memasukkan alat keselamatan yang tidak dinyatakan untuk memastikan persekitaran yang mesra untuk semua orang, serta panduan manusia di dunia untuk memberi bantuan kepada pengguna.
Facebook Horizon akan dilancarkan pada 2020. Untuk memberi tumpuan kepada pembangunnya, Facebook sudah menghentikan Facebook Spaces dan Oculus Rooms bermula 25 Oktober 2019, lantas menjadikannya jelas bahawa Facebook Horizon akan menjadi produk syarikat yang terbaik seterusnya di ruang VR sosial. Sementara itu, pengguna Oculus Quest dan Oculus Rift boleh mendaftar untuk Facebook Horizon Beta yang dirancang untuk awal tahun depan.
Sumber – Oculus
@gamersantaimy
Discussion about this post