Berita baik untuk peminat shooter kerana Ubisoft mengesahkan bahawa XDefiant akan dilancarkan pada hujung musim panas ini (mungkin sekitar September). Tetapi nampaknya peminat tidak perlu menunggu lama untuk mencuba game free-to-play PVP shooter tersebut kerana XDefiant akan menjalankan Open Session untuk semua pemain di PC, PS5 dan Xbox Series X|S bermula 21 hingga 23 Jun.
Jika berminat, sila daftar diri di sini: PlayXDefiant.com
Sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam Closed Beta pada bulan April lalu boleh log masuk sehari lebih awal untuk mengambil bahagian dalam fasa Early Access untuk Open Session bermula pada 20 Jun.

Seperti saya kata tadi, pelancaran penuh XDefiant akan tiba pada hujung musim panas ini, di mana game akan bermula dengan fasa pramusim selama enam minggu yang menampilkan pelbagai kandungan termasuk; 14 peta, lima faction, 24 senjata dan banyak lagi.
Kemudian game akan diteruskan ke Year 1 dan mengikut jadual di bawah yang memperkenalkan empat faction baharu (masing-masing mempunyai watak dan kemahiran unik tersendiri), 12 senjata baharu dan 12 peta baharu , secara beransur-ansur.

Buat mereka yang tidak tahu, XDefiant ialah game kompetitif shooter free-to-play di mana setiap tindakan tertumpu pada pertempuran antara faction unik. Apa yang menjadikan setiap faction dalam game ini begitu istimewa ialah inspirasi mereka daripada francais ikonik Ubisoft, di mana setiap satu mewakili set kemahiran unik dan Ultra (abiliti ultimate) istimewanya sendiri.
Bermain sebagai lima faction (puak) unik yang diilhamkan oleh watak paling terkenal dan popular daripada Ubisoft. Sama ada daripada siri Far Cry atau daripada Watch Dogs, setiap faction mempunyai kemahiran unik tersendiri yang boleh anda gunakan untuk mengubah arus pertempuran.

Sekali lagi saya ingatkan, sila daftar di PlayXDefiant.com untuk peluang mencuba XDefiant Open Session bermula 21 hingga 23 Jun. Ujian ini tersedia untuk semua pemain PC, PS5 dan Xbox Series X|S .
Baca segala berita kami tentang XDefiant termasuk preview awal di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post