Setelah sekian lama menunggu, filem anime Evangelion: 3.0+1.0 Thrice Upon a Time akhirnya akan ditayangkan di pawagam GSC Malaysia bermula 27 Oktober 2022!
Bagi mereka yang tidak tahu, Evangelion 3.0+1.0 asalnya ditayangkan di Jepun pada 23 Januari 2021 – hampir 2 tahun lepas – tetapi malangnya, peminat di luar Jepun perlu menunggu masa yang lama untuk menonton di layar perak. Nasib baiklah hari ini GSC mengumumkan bahawa mereka akan tayangkan filem tersebut di pawagam mereka.

Berikut adalah sinopsis:
Berikutan percubaan gagal NERV untuk mendapatkan Spears of Longinus dan menjalankan Human Instrumentality Project, kemusnahan yang disebabkan oleh Fourth Impact berjaya dielakkan.
Dalam keadaan kucar-kacir, Shinji Ikari, Asuka Langley Shikinami dan Rei Ayanami pergi ke Village 3—sebuah penempatan yang bebas daripada kemusnahan Bumi. Di sana, Shinji perlahan-lahan menerima masa lalunya, sambil mengenang kehidupan yang sama sekali berbeza dari zamannya sebagai juruterbang Evangelion.
Sementara itu, Nerv membuat persiapan untuk meneruskan Instrumentality Project melalui Impact baharu. Apabila kapal perang udara utama WILLE tiba di penempatan, Shinji memutuskan untuk menaiki kapal, kerana percaya dia boleh membantu dengan memandu Evangelion.
Apabila rahsia baharu terbongkar dan pertempuran antara WILLE dan NERV semakin hampir, masa depan Bumi kini dalam ancaman. Bolehkah Shinji menyelamatkan manusia dan seluruh dunia buat kali terakhir?

Antara staf utama yang terlibat dengan pembikinan filem ini ialah Hideaki Anno, Kazuya Tsurumaki, Katsuichi Nakayama, Mahiro Maeda dengan animasi oleh studio Khara. Pelakon suara juga kembali dengan peranan watak masing-masing. Berikut adalah pelakon suara untuk setiap watak utama:
- Shinji Ikari – Megumi Ogata, Ryunosuke Kamiki (dewasa)
- Asuka Langley – Yūko Miyamura
- Rei Ayanami – Megumi Hayashibara
Buat masa ini, saya tidak tahu jika ini adalah tayangan umum atau fan screening untuk Evangelion 3.0+1.0 Thrice Upon a Time tetapi pihak GSC pasti akan memberi lebih banyak maklumat dalam masa terdekat.
Jualan tiket untuk filem masih belum bermula, jadi jangan lupa untuk ikuti laman sosial rasmi GSC di Facebook atau Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini mengenainya. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post