Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Etheria: Restart Mulakan Closed Beta Test Untuk 2025 – Sertai Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 10, 2025
in Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, PC, RPG, Turn-Based
0 0
0
Etheria: Restart Mulakan Closed Beta Test Untuk 2025 – Sertai Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

RPG supernatural, Etheria: Restart, kini memasuki fasa Closed Beta Test (CBT), memberikan peluang pertama kepada pemain untuk meneroka dunia, sistem pertempuran strategik, dan gameplay dinamik permainan ini.

Dibangunkan oleh XD Entertainment, Etheria: Restart ialah RPG turn-based strategy yang boleh dimainkan secara percuma dan berlatarbelakangkan sebuah bandar maya futuristik bernama Etheria.

Bandar ini dibina sebagai tempat perlindungan bagi manusia selepas berlakunya bencana pembekuan global, di mana manusia hidup bersama makhluk dikenali sebagai Animus yang memiliki kuasa luar biasa. Namun, satu kejadian dikenali sebagai “Genesis” telah menyebabkan sesetengah Animus menjadi rosak, mencetuskan huru-hara di seluruh dunia.

Pemain akan mengambil peranan sebagai Hyperlinker, yang bertanggungjawab untuk menjelajahi dunia digital ini, menentang serangan virus, serta membongkar kebenaran tersembunyi di sebalik kewujudan Etheria untuk menyelamatkan tamadun.

Pertempuran Strategik dan Pembinaan Pasukan

Closed Beta Test memperkenalkan sistem pertarungan turn-based yang taktikal. Pemain boleh membentuk pasukan dengan memilih daripada pelbagai watak Animus, setiap satu mempunyai skil dan abiliti strategi tersendiri. Semasa pertempuran, pemain boleh memberikan arahan secara langsung. Dengan ratusan watak yang memiliki kemampuan unik dan latar belakang tersendiri, ada pelbagai kemungkinan untuk membentuk pasukan idaman.

Kredit: XD Entertainment

Game ini turut menawarkan mod PvE dan PvP, di mana pemain boleh menyelesaikan pelbagai misi dan menemui rahsia Etheria dalam pengalaman single-player, atau mencabar pemain lain dalam pertempuran kompetitif.

Selain daripada pertempuran, Etheria: Restart menyediakan dunia luas yang dipenuhi dengan misi dan cabaran. Pemain boleh menerokai pelbagai misi utama dan penyiasatan untuk memahami rahsia di sebalik kejadian Genesis. Terdapat juga cabaran lebih mencabar di kawasan seperti Threshold dan GP Outposts, di mana bos yang kuat menanti untuk menguji kemahiran pemain.

Kredit: XD Entertainment

Sistem customization unik dikenali sebagai Prowess turut diperkenalkan, membolehkan pemain meningkatkan kekuatan Animus mereka menggunakan Shell equipment dan Ether Modules untuk menyesuaikan gaya pertempuran mengikut strategi masing-masing.

Dibina menggunakan Unreal Engine, Etheria: Restart menawarkan pengalaman visual cantik, dengan 3D berkualiti tinggi, pencahayaan dinamik, serta adegan sinematik yang mengasyikkan. Setiap watak mempunyai animasi pertempuran eksklusif, meningkatkan lagi pengalaman imersif di dalam dunia permainan ini.

Daftar untuk CBT Sekarang

Kredit: XD Entertainment

Closed Beta Test percuma Etheria: Restart boleh dimainkan di iOS, Android, dan PC. Pemain yang tidak sabar untuk meneroka dunia futuristik Etheria boleh mendaftar sekarang untuk mendapatkan akses awal. Untuk berita terkini, layari laman web rasmi dan nantikan lebih banyak kemas kini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: closed beta testEtheria: Restart
ShareTweetSend
Previous Post

Free Fire x Naruto Shippuden – Lawat Konoha & Main Sebagai Naruto!

Next Post

Final Fantasy VII Rebirth – Ciri-Ciri PC & Spec Minimum!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!
Berita

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

June 5, 2025
PRAGMATA Akan Datang 2026 – Pengembaraan Sci-Fi Terbaru Dari Capcom
Berita

PRAGMATA Akan Datang 2026 – Pengembaraan Sci-Fi Terbaru Dari Capcom

June 5, 2025
Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Next Post
Final Fantasy VII Rebirth – Ciri-Ciri PC & Spec Minimum!

Final Fantasy VII Rebirth - Ciri-Ciri PC & Spec Minimum!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd