Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ESL One Malaysia 2022 bermula 26 Ogos dengan prizepool US$400,000, KBS mengalukan semua!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 17, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Tempatan
0 0
0
ESL One Malaysia 2022 bermula 26 Ogos dengan prizepool US$400,000, KBS mengalukan semua!
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Belia dan Sukan (“KBS”) mengalu-alukan kembalinya kejohanan antarabangsa berprestij, ESL One Tournament yang dikuasakan oleh Intel ke Malaysia selari dengan hasrat menjadikan negara sebagai hab e-sukan di Asia Tenggara.

Dalam Pelan Strategik Pembangunan Esports 2020-2025, KBS menggariskan fokusnya dalam menggalakkan ekosistem e-sukan dengan peluang pertumbuhan dan kepelbagaian bagi pemegang taruh di semua peringkat. Tumpuannya adalah membanyakkan lagi penyertaan sebagai elemen kritikal dalam industri yang penting di peringkat global.

Direka untuk meningkatkan profil e-sukan, pelan tindakan itu menyokong usaha membawa trend terbaru dan terbaik e-sukan ke rantau Asia Tenggara. Ini termasuklah pelaburan dalam infrastruktur dan pembangunan bakat selain menjadi hos kepada acara antarabangsa dan serantau seperti ESL One.

Dianjurkan oleh syarikat e-sukan terkemuka dunia, ESL Gaming, kejohanan kali ini menandakan kali ketiga pertandingan Dota 2 antarabangsa diadakan di Malaysia, dan kali ketiga kejohanan itu dianjurkan di Resorts World Genting.

Para peminat boleh menjangkakan detik yang menguatkan ketika 12 pasukan terbaik dunia bertarung antara satu sama lain untuk memenangi gelaran ESLOne Malaysia 2022 dan hadiah keseluruhan bernilai US$400,000, bermula 23 Ogos 2022.

Sebanyak 28 negara akan terlibat dengan para pemain dari seluruh dunia berkumpul di Malaysia untuk kejohanan tersebut yang ditunjangi 400 orang, terdiri daripada staf sokongan tempatan dan antarabangsa.

Edisi ESL One yang diadakan di Malaysia pada 2018 sebelum ini berjaya mendapatkan 66 juta tontonan unik dari seluruh dunia. Pada kemuncaknya, siaran dalam 19 bahasa itu menerima 740,000 tontonan serentak, sekali gus meletakkan Malaysia di mata dunia.

“Komuniti e-sukan tempatan telah berjaya meletakkan Malaysia pada pentas terbesar dalam dunia e-sukan.

Daripada kejayaan terbaharu atlet-atlet e-sukan di Sukan Komanwel dan Sukan SEA, sehinggalah wakil-wakil Malaysia yang bersaing dalam ESL ONE Malaysia 2022 dan kejohanan-kejohanan lain di peringkat lokal dan global, saya berharap dapat melihat pertumbuhan industri e-sukan yang berterusan dan mampan dan akan terus menyokong pembawa bendera kita.”

kata Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan.

“Malaysia menjadi hos kepada ‘scene’ e-sukan yang paling rancak. Kejayaan atlet-atlet e-sukan tempatan memberi inspirasi kepada anak-anak muda Malaysia untuk mempertimbang kerjaya sebagai pemain game profesional. Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam memupuk bakat-bakat industri.

Sokongan dan galakan yang telah ditunjukkan oleh Kementerian kepada kami setakat ini adalah luar biasa dan kami berterima kasih atas kepercayaan yang membolehkan e-sukan berkembang maju. Kami yakin Malaysia boleh menjadi salah satu kuasa besar dalam permainan di dunia dan teruja untuk masa depan.”

kata Caitlin Kang, Pengarah Urusan di ESL Malaysia.
Dari kiri: Roger Ong, Ti Lian Ker, Ahmed Faris Amir, Caitlin Kang

Pihak yang bersaing dalam ESL One Malaysia 2022 yang dikuasakan Intel ialah:

  • Eropah
    • Alliance – Jemputan Langsung
    • Entity – Pemenang Kelayakan
    • Nigma Galaxy – Jemputan Langsung
    • OG – Jemputan Langsung
    • Team Liquid – Jemputan Langsung
    • Team Secret – Jemputan Langsung
  • Asia Tenggara
    • BOOM Esports – Pemenang Kelayakan
    • Fnatic – Jemputan Langsung
    • Talon Esports – Naib Juara Kelayakan
  • China
    • Team Aster  – Pemenang Kelayakan
  • Amerika Selatan
    • Thunder Awaken – Pemenang Kelayakan
  • Amerika Utara
    • TSM FTX – Pemenang Kelayakan

Kejohanan bermula dalam persekitaran studio di peringkat kumpulan pada 23 Ogos yang mana pasukan-pasukan terlibat akan bertarung untuk satu daripada lapan tempat playoff menerus format round robin best-of-two.

Selepas peringkat kumpulan, playoff diadakan secara langsung dengan penyingkiran berganda best-of-three bagi menentukan finalis yang akan berlawan dalam format best-of-five untuk bergelar johan.

Peminat Dota 2 yang ingin memeriahkan suasana boleh mendapatkan tiket di sini. 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ESL One MalaysiaEsportsMalaysia
Previous Post

[Khabar Angin] Launcher PlayStation akan dilancarkan di PC

Next Post

Ciri “cross-progression” akan tiba di Overwatch 2, link akaun anda sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ciri “cross-progression” akan tiba di Overwatch 2, link akaun anda sekarang!

Ciri "cross-progression" akan tiba di Overwatch 2, link akaun anda sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd