Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Eren Yaeger muncul dalam siri animasi China, Da Wang Rao Ming!

Maira by Maira
January 24, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Eren Yaeger muncul dalam siri animasi China, Da Wang Rao Ming!
Share on FacebookShare on Twitter

Ingat tak masa mula-mula Eren muncul semula dengan gaya terbaru? Ramai betul yang teruja melihat penampilan terbaru tersebut. Penuh dalam komuniti anime yang post mengenainya. Tetapi Eren bukan sahaja muncul dalam dunia Attack on Titan, dia juga muncul dalam satu siri animasi China!

Dalam sebuah video tular baru-baru ini, siri donghua (animasi China) mempunyai seorang watak yang penampilannya memang serupa dengan Eren Yaeger. Siri donghua yang baru dilepaskan bertajuk, Da Wang Rao Ming atau lebih dikenali sebagai “Spare me, great lord” adalah siri terbaru memandangkan ia hanya mempunyai lima episod sahaja buat masa ini. Watak serupa dengan Eren ini bernama Nie Ting dan berbeza dengan Eren, dia bukanlah protagonis siri donghua ini. Tetapi itu tidak bermakna dia watak yang tidak penting kerana dalam episod terbaru, anda boleh tahu dia memainkan peranan penting dalam siri tersebut.

https://twitter.com/luriodt/status/1484456817916739585?s=20

Mari kami ceritakan sedikit mengenai siri donghua ini. Ia sebenarnya salah satu animasi genre Isekai yang banyak kita lihat kini. Watak utama merupakan seorang watak yang lemah dan terlibat dengan kemalangan yang melibatkan trak. Dia kemudiannya mendapat game system khas. Dia hanya perlu menakutkan orang atau membuatkan orang lain emosi. Dengan mendapat point dari misi tersebut, dia boleh menukarnya dengan item-item penting seperti healing potion dan lain-lain. Sememangnya plot yang banyak kita baca dalam manhwa dan manhua sekarang.

Berikut ada sinopsis rasmi untuk Spare me, Great lord melalui myanimelist:

Ini adalah kisah seorang anak yatim, Lu Shu. Dia bukanlah anak yatim biasa, tetapi seorang “metahuman” yang mengalami perubahan dalam dirinya, negaranya dan dunia semasa bermulanya era magis. Saksikan Lu Shu memulakan perjalanan untuk mengasah kebolehannya bersama kakaknya, Lu Xiaoyu yang comel dan berkarisma. Sepanjang perjalanan, mereka akan menghadapi peristiwa ghaib, halangan dan juga orang yang paling berkuasa di negara mereka. Bagaimanakah Lu Shu akan menggunakan kemampuannya dengan baik untuk menyinkirkan musuhnya yang tidak berkesudahan?

Kalau anda ingin menonton donghua ini, anda boleh pergi ke laman Bilibili untuk menontonnya dengan sarikata bahasa Inggeris. Mana tahu kalau anda berminat untuk mengikuti siri ini. Animasi untuk opening siri ini juga hebat berbanding donghua lain. Untuk mendapatkan liputan lain untuk animasi, sila klik pautan ini.

Sumber: animesenpai

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitandonghuaErenSpare Me Great Lord!
Previous Post

[Review] Monster Hunter Rise PC – Pengalaman bermain yang berbeza dari versi konsol!

Next Post

“5 awek atau PS5?” – Lelaki rela pilih game, terus viral di TikTok

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“5 awek atau PS5?” – Lelaki rela pilih game,  terus viral di TikTok

"5 awek atau PS5?" - Lelaki rela pilih game, terus viral di TikTok

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd