Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Episod One Piece Gear 5 runtuhkan Internet! Semua laman anime mengalami “system down”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2023 - Updated on August 10, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Episod One Piece Gear 5 runtuhkan Internet! Semua laman anime mengalami “system down”
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lama kami menunggu transformasi terkuat Monkey D. Luffy, dan akhirnya dia telah melakukannya pada hujung minggu lalu dalam tayangan perdana One Piece episod 1071 – yang menampilkan Luffy Gear 5 buat kali pertama dalam bentuk anime. Bersama kualiti animasi yang cantik, koreografi lawan yang epik dan lakonan suara mantap, episod One Piece Gear 5 juga telah meruntuhkan internet tanpa sengaja.

Kredit: TOEI Animation

Kisahnya begini, peminat anime yang mempunyai langganan Crunchyroll, Hulu dan perkhidmatan penstriman lain telah melaporkan bahawa episod 1071 tidak boleh diakses langsung. Secara am, isu ini disebabkan oleh jumlah penonton yang terlalu ramai dan tidak boleh ditampung oleh server yang menghuni episod tersebut.

One Piece Gear 5th has already

• Broken Multiple Anime sites
• Crashed Crunchyroll
• Reached #3 and #5 on trending
• Reached 100k tweets in mere minutes after airing

And people say this transformation won’t be iconic 😂 #ONEPIECE1071 pic.twitter.com/CdhfOkTjOM

— Sheen 🏂 (@SimpllySheen) August 6, 2023

Walaupun pihak bertanggungjawab sudah jangka jumlah penonton akan bertambah, mereka tidak sangka ia boleh meruntuhkan server. Hal ini menyebabkan gangguan besar di banyak laman anime. Khususnya; apabila episod 1071 disiarkan secara langsung, lebih daripada 8000 laporan gangguan telah membanjiri laman Crunchyroll.

Over 8000 outage reports in the last few minutes…

I CANT LOL pic.twitter.com/9TqgBS2Lyi

— Chibi Reviews (@ChibiReviews) August 6, 2023

Bukan itu sahaja, malah laman anime cetak rompak juga mengalami keruntuhan server. Ramai peminat One Piece cuba mencari cara lain untuk menonton Luffy Gear 5 Luffy tetapi malangnya, majoriti laman haram juga mengalami masalah yang sama. Nasib baiklah isu teknikal ini sudah diselesaikan. Jadi jika anda belum menonton, sila tonton sekarang.

Jadi apa yang best sangat tentang One Piece 1071?

Kredit: TOEI Animation

One Piece episod 1071 merupakan debut pertama Luffy Gear 5 di dalam anime dan juga “permulaan finale” kepada pertarungannya menentang Kaido, salah satu antagonis paling kuat pernah ditemu. Sejak bulan lepas, episod Gear 5 dipromosikan tanpa henti oleh Toei Animation dan Shueisha. Diuruskan oleh nama-nama besar dalam industri animasi Jepun, ramai di seluruh dunia tidak sabar untuk melihat perkembangan Luffy; sehingga menggelar Gear 5 sebagai transformasi yang sama atau lebih ikonik daripada Goku Super Saiya.

Sehingga sekarang, One Piece masih trending di semua media sosial dan juga dihadiahkan emoji Gear 5 sendiri di Twitter.

Di samping itu, ini juga adalah masa yang bagus untuk mengeluarkan episod terkini memandangkan manga sedang menghampiri saga terakhir manakala siri live-action One Piece Netflix akan ditayangkan pada hujung bulan ini. Buat sesiapa yang kurang tahu tentang One Piece, inilah masa terbaik untuk menjadi peminat kepada anime legenda ini!


Apakah pendapat anda tentang penampilan pertama Gear 5? Adakah ia menepati jangkaan korang? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk baca segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeGear 5luffyone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Kaiju No 8 Bakal Tayang Pada April 2024, Trailer Baru Didedahkan!

Next Post

My Hero Academia 396: All Might Kembali Melawan All For One! Hadir Dengan Rupa Baharu! [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
My Hero Academia 396: All Might Kembali Melawan All For One! Hadir Dengan Rupa Baharu! [SPOILER]

My Hero Academia 396: All Might Kembali Melawan All For One! Hadir Dengan Rupa Baharu! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd