Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epilog DLC Pokemon Scarlet & Violet Akan Tersedia Secara Percuma pada Januari 2024!

Maira by Maira
December 21, 2023
in Artikel, Berita, DLC, Game, Nintendo Switch
0 0
0
Epilog DLC Pokemon Scarlet & Violet Akan Tersedia Secara Percuma pada Januari 2024!

Sumber: The Pokemon Company

Share on FacebookShare on Twitter

Bahagian kedua untuk DLC Pokemon Scarlet dan Violet “The Indigo Disk” telah pun dilepaskan pada 13 Disember yang lalu. Nampaknya epilog game akan dilancarkan tidak lama lagi! Diumumkan oleh akaun rasmi Pokemon, epilog untuk DLC The Hidden Treasure of Area Zero akan dilepaskan pada 11 Januari 2024. Bersama-sama pengumuman tersebut, trailer rasmi turut dikeluarkan. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Dalam trailer tersebut, kita boleh lihat protagonis membentuk pasukan dengan watak seperti Arven, Nemona dan Penny sambil meneruskan perjalanan di Kitakami, kawasan yang anda terokai dalam DLC pertama “The Teal Mask”. Anda boleh nantikan pelbagai cabaran dalam epilog ini!

Pokemon Scarlet Violet DLC
Sumber: The Pokemon Company

Untuk bermain epilog ini, pemain perlulah menghabiskan cerita utama game Pokemon Scarlet dan Violet termasuklah cerita utama kedua-dua DLC. Mungkin ada antara anda yang tidak tahu, sebenarnya data mengenai epilog ini telah pin dibocorkan oleh pemain selepas Indigo Disk dikeluarkan. Kalau anda tidak suka pada spoiler, jangan pula anda mencarinya dan nantikan pelancaran epilog ini pada Januari 2024.

Pokemon Scarlet Violet DLC
Sumber: The Pokemon Company

Pada Januari 2024, terdapat juga acara khas Pokemon TCG yang anda boleh sertai iaitu, Pokemon TCG Showdown 2024. Ia akan berlangsung pada 5 – 7 Januari 2024 di Pavilion Bukit Jalil! Jangan lepaskan peluang untuk sertainya nanti!

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pokemon ScarletPokemon Scarlet & VioletPokemon Scarlet & Violet DLCPokemon Violet
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo Collection Lancar Hari Ini, Bersama Diskaun 40% Untuk Semua Bundle Diablo IV

Next Post

DNF Duel Percuma di Epic Games Store untuk Sehari! Tuntut Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
DNF Duel Percuma di Epic Games Store untuk Sehari! Tuntut Sekarang!

DNF Duel Percuma di Epic Games Store untuk Sehari! Tuntut Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd