Buat masa yang singkat, kami dapat berita bahawa Epic Games Store tanpa sengaja telah membocorkan beberapa game besar yang belum diumumkan lagi termasuk remake Final Fantasy 9, The Last of Us 2 versi PC, dan banyak lagi.
Info ini datang daripada EpicDB, database third-party ala SteamDB yang merekod dan menyimpan segala entri data daripada Epic Games termasuk projek yang tidak diumumkan dan projek yang diberi nama samaran. Malangnya, selepas kebocoran ini berlaku, laman EpicDB serta merta ditutup dan kini tidak boleh diakses lagi.

Memandangkan info datang terus daripada pangkalan data Epic Games Store, ia 100% sah. Berikut adalah game terbesar yang ditemui.
Red Dead Redemption Versi PC

Menurut info, Rockstar Games mempunyai projek rahsia bernama Semla. Mengikut kajian, saiz fail ini hampir sama dengan port PlayStation 4 Red Dead Redemption, menunjukkan ini ialah nama samaran untuk game tersebut.
The Last of Us Part II Remastered Versi PC

Sony Interactive Entertainment turut mempunyai projek rahsia di bawah nama samaran Utah. Mengapa kita tahu ini adalah game The Last of Us Part 2? Selepas lebih banyak menyelidik, beberapa orang temui folder khas yang mengandungi fail berikut “{UserSavedGames}/The Last of Us Part II/users/{EpicId}/savedata.”
Final Fantasy IX Remake

Berita yang ditunggu oleh semua orang – remake Final Fantasy 9! Square Enix Jepun kini terlibat dalam projek rahsia Momo, yang didakwa adalah Final Fantasy 9 Remake kerana kehadiran bonus pre-order Thief’s Knives (pilihan senjata utama protagonis) dan bonus pembelian awal Tetra Master Starter Pack. Tetra Master pula adalah nama sebuah mini-game daripada game tersebut.
Final Fantasy XVI Versi PC

Projek ini dinamakan sebagai Skobeloff, dan kantoi tanpa sengaja kerana mempunyai fail “{UserDir}/My Games/FINAL FANTASY XVI/EOS/{EpicID}/”
Setiap info di atas diambil daripada ResetEra.
@gamersantaimy
Discussion about this post