Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games Store Spring Showcase diumumkan! Macam-macam diskaun termasuk Assassin’s Creed Valhalla, Cyberpunk 2077, dan banyak lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 9, 2021
in Acara, Artikel, Epic Store, Livestream, PC
0 0
0
Epic Games Store Spring Showcase diumumkan! Macam-macam diskaun termasuk Assassin’s Creed Valhalla, Cyberpunk 2077, dan banyak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games Store akan mengadakan acara yang sangat istimewa pada minggu ini bernama The Epic Games Store Spring Showcase. Acara itu, yang akan disiarkan di Twitch pada hari Jumaat ini, 12 Februari jam 3am GMT, akan menampilkan pelbagai pengumuman, rakaman gameplay, dan banyak lagi untuk permainan video akan datang yang bakal dilancarkan di platform tersebut untuk tahun ini. Game apa yang akan diumumkan, itu kita tidak tahu, dan Epic Games pun tidak memberi info lanjut.

The #EGSSpringShowcase is coming (very) soon to a Twitch stream near you! 📹

Tune in this Thursday, February 11 at 2 PM Eastern for a curated collection of exciting new announcements, gameplay, developer insights and more.

Check out the details: https://t.co/XQPc3IiJzU

— Epic Games Store (@EpicGames) February 8, 2021

“Sertai kami ketika kita melihat beberapa permainan yang bakal dilancarkan di Epic Games Store pada tahun ini. Kami telah mengatur sebuah koleksi yang terdiri daripada pengumuman baru, gameplay dan pandangan lanjut oleh para pemaju yang membuat permainan kita semua gemari.” -sebahagian dari pengumuman Epic Games.

Selain daripada acara ini, Epic Games Store akan mengadakan promosi khas dengan jumlah diskaun besar untuk game seperti Hades, Star Wars: Squadrons, Assassin’s Creed Valhalla, Cyberpunk 2077, dan banyak lagi. Promosi akan berlangsung dari 12 Februari jam 12am GMT hingga 26 Februari jam 12am GMT.

Seperti yang dinyatakan di atas, Epic Games Store Spring Showcase akan berlangsung pada hari Jumaat ini, 12 Februari jam 3am GMT. Epic Games Store sendiri kini tersedia di PC dan merupakan platform pengedaran digital untuk banyak game yang popular. Anda boleh melihat semua liputan lama kami tentang Epic Games Store di pautan ini.

Apa pendapat anda tentang Epic Games Store Spring Showcase? Adakah anda teruja dengan acara ini dan promosi yang diadakan? Jom berkongsi dengan saya di ruang komen sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diskaunepic games storePCpromosiThe Epic Games Store Spring Showcase
Previous Post

Trailer terbaru aksi RPG “Black Myth: Wukong” berdasarkan Nishiyuki dilancarkan

Next Post

Mi 11 Mengambil Ciri-ciri Kamera berkelas Studio dan Prestasi Global

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Mi 11 Mengambil Ciri-ciri Kamera berkelas Studio dan Prestasi Global

Mi 11 Mengambil Ciri-ciri Kamera berkelas Studio dan Prestasi Global

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd