Epic Games Store sudah siap sedia untuk mengadakan major sale pertama mereka! Menurut sebuah tweet bocor di akaun Twitter Fortnite yang kini sudah disahkan oleh Epic Games sendiri.
Whoops! An MOTD snuck out about a sale. There is an Epic Games store sale on games in the works, but it hasn't launched yet. Stay tuned to @EpicGames for details in a few days.
— Fortnite (@FortniteGame) May 14, 2019
Kita bermula dengan Steam dahulu. Sebelum Epic Games nak buat, Steam dah lama buat pelbagai sale dulu. Selain itu, Steam memang sangat terkenal kerana jualan sale-nya yang kerap. Pelbagai judul terkenal, tidak kisah game yang memang sudah popular atau indie pun, dijual pada harga bernilai satu suku daripada harga asal! Tidak payah cakap banyak, memang ramai lah suka.
Seterusnya kami cerita tentang bagaiman major sale di Epic Games Store bocor pula ya. Pemain Fortnite telah menerima sebuah ‘A Message of the Day’ sebelum masuk matchmaking, dan sebuah mesej ditulis seperti ini:
“The Epic Games store Megasale is happening right now! Sign up for [two-factor authentication] in order to get $10 to spend in the store.”
Rahsia ini telah dibocorkan terlalu awal, tetapi tidak lama kemudian Epic mengesahkan bahawa event ini memang akan berlangsung di dalam tweet rasmi.
We look forward to sharing more info about the Epic Mega Sale soon! https://t.co/urpsVqp1No
— Epic Games Store (@EpicGames) May 14, 2019
Memandangkan betapa sengitnya Epic Games apabila bersaing bersama Valve mengenai digital store mereka, tidak hairanlah kalau kedua-duanya menarik purata jualan yang lebih kurang sama.
Berterima kasih kepada sukses Fortnite, Epic Games Store telah berjaya merangkul beberapa judul eksklusif seperti Borderlands 3, Control, dan Ghost Recon Breakpoint. Itu baru sikit daripada berpuluh-puluh judul diorang dah miliki.
Put your survival skills to the test as a true ghost, stranded behind enemy lines.
Tom Clancy's Ghost Recon Breakpoint is now available for pre-purchase in the #EpicGamesStore! https://t.co/Vb0HWA6hTV pic.twitter.com/M98BSMTyd5
— Epic Games Store (@EpicGames) May 9, 2019
Malangnya, Epic Games Store masih kehilangan banyak feature yang di Steam kami semua sangat terbiasa seperti community hub, achievements, trading card, dan pages untuk berkomunikasi bersama rakan. Moga-moga Epic Games Store akan berkembang maju dan menerapkan segala yang baik tentang Steam dan menjadi satu pelantar distribusi digital yang bagus.
Sumber – PCGamesN
@gamersantaimy
Discussion about this post