Pemaju permainan Fortnite iaitu Epic Games telah mengumumkan mereka kini memperoleh Psyonix Studio pencipta untuk permainan bola sepak kenderaan ‘Rocket League’. Sebagai persetujuan, Psyonix berkata mereka masih mempunyai akses untuk menyokong liga e-sukan ‘Rocket League’ dan akan membawa permainan itu ke Epic Store menjelang akhir 2019.
We're excited to welcome @PsyonixStudios to the Epic Games family! https://t.co/1zcftTBazW
— Epic Games Store (@EpicGames) May 1, 2019
Serba sedikit mengenai Rocket League, permainan ini ternyata popular kerana ia telah dijual lebih dari 10.5 juta salinan di platform PC, PlayStation 4, Xbox dan Switch beserta 57 juta pemain berdaftar. Jadi ini menandakan peluang untuk Epic Games untuk mendominasi pendahulu PC.
Nampaknya Rocket League tidak lagi boleh didapati di Steam Store, sementara pemain yang sudah membeli permainan ini versi Steam masih boleh meneruskan permainan mereka kerana ianya masih dalam sokongan yang termasuk kandungan kemaskini yang boleh dimuat turun, patch dan semua isi kandungan lain yang akan hadir kelak.
“The PC version of Rocket League will come to the Epic Games store in late 2019. In the meantime, it will continue to be available for purchase on Steam; thereafter it will continue to be supported on Steam for all existing purchasers.” -Psyonix
Big news! We are extremely excited to announce that we are joining the @EpicGames family! Read more in our blog here: https://t.co/mlbsrKJ0b2 pic.twitter.com/fZYMpsBtt6
— Rocket League (@RocketLeague) May 1, 2019
Mungkin ini tidak menjadi satu isu besar kepada Psyonix kerana mereka telah pun bekerjasama bersama Epic Games dalam jangka masa yang agak lama. Antaranya Epic pernah bekerjasama dengan Psyonix untuk memperbaiki set alat pembangunan permainan Unreal Engine dan Epic juga berkata studio tersebut telah berperanan sebagai penyumbang kontrak dalam penciptaan permainan berasaskan Unreal seperti Unreal Tournament 2004, Gears of War, dan Mass Effect 3. Cuma disini mereka tidak berkongsi berapa harga Epic Games membeli Psyonix dan ia dipersetujui sebagai rahsia syarikat.
Untuk lebih lanjut mengenai soalan dan jawapan (Q&A) Psyonix, anda boleh melayari laman web mereka (disini).
Sumber: Euro Gamer ; Twitter @epicgames ; @psyonixstudios
@gamersantaimy
Discussion about this post