Setiap hari Jumaat, Epic Games Store akan mengemas kini barisan game percuma yang tersedia selama satu minggu. Biasanya, mereka akan menawarkan satu game tetapi untuk minggu ini, Epic memberi bukan satu, bukan dua tetapi tiga game percuma iaitu Redout: Enhanced Edition, Jotun: Valhalla Edition, dan Prey.
Mulai hari ini, 13 Mei hingga 19 Mei, korang boleh tebus semua game ini tanpa sebarang kos.
Redout: Enhanced Edition

Redout ialah game racing yang direka bentuk untuk mendapatkan pengalaman pemanduan tanpa kompromi, pantas, sukar dan memuaskan dalam genre racing arked.
Menurut Epic Games Store
Jotun: Valhalla Edition

Jotun ialah game action-exploration yang ditetapkan dalam mitologi Norse. Dalam Jotun, anda akan bermain sebagai Thora, seorang pahlawan Viking yang meninggal dunia secara memalukan dan mesti membuktikan dirinya kepada Dewa untuk memasuki Valhalla.
Menurut Epic Games Store
Prey

Dalam Prey, anda akan berada di atas Talos I, sebuah stesen angkasa yang mengorbit bulan pada tahun 2032. Anda adalah subjek utama eksperimen yang bertujuan untuk mengubah manusia selama-lamanya tetapi terdapat perkara yang tidak diingini berlaku dan membuatkan keadaan menjadi lebih rumit.
Menurut Epic Games Store
Jom, kami terangkan secara terperinci lagi tentang Prey. Ia adalah sebuah game FPS yang dibangunkan oleh Arkane Studios dan diterbitkan oleh Bethesda Softworks pada 2017 di PC dan PlayStation 4 serta Xbox One.

Game ini berlaku dalam garis masa futuristik di mana pemain akan bermain sebagai Morgan Yu dan meneroka stesen angkasa Talos I, di orbit sekitar Bumi–Bulan L2.
Terdapat kuasa asing yang terdiri daripada pelbagai bentuk yang menggunakan kuasa fizikal dan psikik seperti berubah bentuk menjadi klon mana-mana objek tidak bernyawa. Semasa Typhon melarikan diri dalam kurungan, pemain akan menggunakan pelbagai senjata dan kebolehan yang diperoleh daripada Typhon untuk mengelak daripada dibunuh semasa ingin melarikan diri dari stesen.

Pemain mendapat akses ke kawasan stesen dengan memperoleh item dan kebolehan yang membolehkan pemain meneroka stesen dalam persekitaran open world. Game ini menggabungkan elemen RPG, stealth dan Metroidvania dalam reka bentuknya.
Prey telah mendapat kritikan yang positif semasa dikeluarkan dan dianggap sebagai salah satu game terbaik 2017. Dua DLC telah dikeluarkan iaitu Mooncrash dan Typhon Hunt. Mooncrash adalah mode yang dijana secara rawak yang diilhamkan oleh pelbagai game seperti roguelike dan Mode Typhon Hunt adalah multiplayer yang menggabungkan kebolehan mengubah bentuk Typhon.

Bagi sesiapa yang berminat, jangan lupa untuk dapatkan game Redout: Enhanced Edition, Jotun: Valhalla Edition, dan Prey di Epic Games Store secara percuma. Untuk mendapatkan lebih banyak berita tentang game percuma, sila klik pautan ini.
Sumber: Epic Games Store

@gamersantaimy
Discussion about this post