Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games menawarkan TIGA game percuma pada minggu depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 9, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
Epic Games menawarkan TIGA game percuma pada minggu depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Epic Games Store menawarkan permainan 3 out of 10: Season 2 secara percuma, yang tersedia hingga 15 April. Tetapi pada minggu depan, ia akan digantikan dengan 3 permainan percuma yang terdiri dari Deponia: The Complete Journey, Ken Follett’s The Pillars of Earth, dan The First Tree!

Deponia: The Complete Journey adalah permainan point-and-click adventure yang berlangsung dalam dunia di mana yang kaya hidup  di sebuah bandar terapung di langit manakala mereka yang malang, duduk di bawah yang penuh dengan sampah. Pemain akan bermain sebagai Rufus, yang membuat rancangan berani untuk melarikan diri dari kehidupan di timbunan sampah dan menjelajah kota langit. Sepanjang perjalanan, kita harus menyelesaikan pelbagai teka-teki, berinteraksi dengan NPC, dan menyelidiki dunia permainan yang eksentrik.

Sama seperti Deponia, Ken Follett’s The Pillars of Earth juga merupakan permainan point-and-click, yang mengadaptasikan buku Ken Follett. Permainan berlangsung di England pada abad ke-12, dan mengikuti tiga protagonis berbeza ketika mereka berusaha untuk membina katedral. Permainan ini membolehkan pengguna mengubah peristiwa untuk kisah terkenal mengikut pilihan, lantas mengubah nasib wataknya, dan juga menawarkan gaya 2D yang unik dan 200 latar belakang yang dilukis dengan tangan.

Akhir sekali ialah The First Tree, sebuah permainan adventure 3D di mana pemain sebagai musang yang sedang mencari keluarganya. Sepanjang perjalanan, mereka akan belajar lebih lanjut tentang kisah sejenis makhluk misteri dan hubungan anak dengan ayahnya yang terpisah. Permainan ini meminta pemain untuk meneroka persekitaran yang menarik ketika memahami temanya yang introspektif.

Ketiga-tiga permainan akan tersedia pada 15 April dan boleh ditebus sehingga 22 April. Untuk segala liputan kami tentang Epic Games Store, sila tekan pautan ini.

Sumber – The Epic Games Store

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Deponia: The Complete Journeyepic games storeFreeKen Follett's The Pillars of EarthPercumaThe First Tree
Previous Post

Attack on Titan #139: Manga akhirnya tamat selepas 11 tahun, penjelasan penuh!

Next Post

Review Penuh Samsung Galaxy A52 – Mampu Milik sambil Kekal Bergaya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review Penuh Samsung Galaxy A52 – Mampu Milik sambil Kekal Bergaya!

Review Penuh Samsung Galaxy A52 - Mampu Milik sambil Kekal Bergaya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd