Pengasas game terkenal Fortnite, Epic Games kini kembali dengan saman ke-lima apabila dorang tiru dance emote tanpa kebenaran. Dua bekas pemain bola keranjang dari Universiti Maryland, membuat saman tersebut ke atas Fortnite dance emote yang bernama “Running Man” kerana mereka mendakwa Epic telah meniru tarian yang pernah dipopularkan mereka pada tahun 2016.

Jayden Brantley dan Jared Nickens menyatakan yang mereka telah mencipta tarian “tersendiri dan cepat dikenali” dalam Running Man Challenge yang terkenal pada waktu itu (satu fenomena yang viral pada tahun 2016). Mereka turut menuduh Epic games telah melanggar hak cipta dan publisiti pemain serta meniru tarian/pergerakan dari banyak artis Afrika-Amerika tanpa mengambil sebarang kebenaran untuk berbuat demikian.

Tahun lepas, Epic memperkenalkan Fortnite dance emote yang sangat mirip dengan “Running Man”. Brantley dan Nickens mendakwa bahawa tarian tersebut sangat sinonim dengan mereka, dan Epic tidak boleh menirunya tanpa mendapat kebenaran atau menawarkan pampasan yang setimpal. Oleh sebab itu, mereka demand ganti rugi sebanyak $20 juta bersama yuran guaman, dan, tentu saja, Epic Games cepat-cepat menghentikan penggunaan emote Running Man itu buat sementara waktu.
Namun demikian, ada isu pemilikan yang tercetus di sini. Brantley dan Nickens bukanlah orang pertama yang mencetuskan fenomena “Running Man” tersebut. Jadi, agak susah untuk mereka menyaman Epic dan mengharapkan pampasan yang setimpal. Tindakan undang-undang ke atas Fortnite jelas semakin menjadi-jadi kebelakangan ini daripada orang yang menyalahkan Epic untuk perkara-perkara yang bukannya dimulakan oleh mereka pun.
Aduh, Epic tak habis-habis lagi dengan drama saman dorang. Bila nak habis? Mungkin akan ada lagi lepasni!
@gamersantaimy
Discussion about this post