Bersiap sedia untuk rasakan beberapa posyen menarik, kerana ini merupakan pendedahan hero baru untuk ENDLESS Dungeon!
ENDLESS Dungeon merupakan game tactical action rogue-lite berpasukan dengan elemen tower defense dan akan dilepaskan pada PC dan konsol pada 19 Oktober 2023. Anda akan membina satu skuad hero dan menerusi stesen angkasa yang gelap dan ditinggalkan. Mari kita kenali Fassie, ahli mixologist pemastautin stesen dalam game. Merupakan seorang hero teknologi dan crowd control, jom kita lihat kebolehannya!
Fassonandu atau Fassie adalah Drakken, satu spesies yang pernah berasal dari planet Auriga. The Endless mendapati mereka cukup menarik untuk mengedarkan DNA mereka untuk manipulasi merentas berpuluh-puluh makmal dalam berpuluh-puluh sistem, dan akibatnya terdapat Drakken di merata tempat.
Kebanyakannya seperti keluarga Fassie, gembira untuk menguruskan keamanan dan kemakmuran di sudut kecil kosmos mereka. Fassie, bagaimanapun, mengimpikan sesuatu yang lebih besar–dan lebih tua–. Ini menyebabkan Fassie menyeberangi galaksi untuk mencari komponen untuk ramuan dan elixir dan mencari spesifikasi ahli mixologist legenda, dan minuman legenda.

Kebolehan
Fassie adalah watak support dan attack — dengan skillset yang dimilikinya, dia akan berikan ahli pasukannya yang terbaik sambil memberikan damage yang besar kepada musuh.
- Stay Classy (Skill Pasif) — Wit meningkat untuk setiap raksasa dalam bilik yang sama (sehingga had)
- Shot! (Skill Spesial) — Melempar minuman ke arah wira yang disasarkan dengan Fire rate dan Attack Damage meningkat bergantung pada bilangan raksasa dalam bilik (sehingga had)
- Bar Fight (Skill Ultimate) — Berdekatan raksasa akan berlawan antara satu sama lain dengan efficiency Hero berdekatan meningkat
Pra-tempah untuk ENDLESS Dungeon sudah bermula untuk versi PC dan konsol dengan lawati laman rasmi game. Game akan dilancarkan pada 19 Oktober 2023. Anda boleh dapatkan akses beta tertutup bermula 7 September sehingga 18 September.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post