Bandai Namco telah melancarkan trailer baru untuk game action-RPG Sword Art Online Alicization Lycoris, yang bakal datang ke PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam pada 10 Julai 2020. Trailer ini memperkenalkan empat watak iaitu Sinon, Leafa, Lisbeth, dan Silica yang boleh direkrut dalam parti pemain untuk bantu melawan musuh di Underworld.
Selain itu, terdapat trailer berbeza yang menunjukkan fitur “customization“dan penerokaan. Mengikut citarasa masing-masing, pemain dapat mengubah suai avatar di menu pilihan yang terdiri daripada jantina, gaya rambut, ciri-ciri muka dan sebagainya. Fitur “customization” juga termasuk pakaian, armor, dan senjata agar pemain boleh pilih gamestyle paling sesuai. Di aspek penerokaan, pemain boleh berenang, mendaki, dan melompat semasa menavigasi di penjara bawah tanah Underworld. Manfaatkan elemen-elemen ini untuk jelajah dunia luas Sword Art Online.
Sword Art Online Alicization Lycoris mempunyai jalan cerita yang sama seperti di anime dan mengisahkan Kirito yang berada di “Underworld“, sebuah dunia maya misteri yang terbentuk semasa story arc “Alicization“. SWORD ART ONLINE Alicization Lycoris akan tersedia pada 10 Julai 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui STEAM. Untuk segala info tentang game ini, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post