Beberapa hari lepas, Bandai Namco dan FromSoftware telah mengeluarkan update versi 1.09 untuk Elden Ring, yang menambahkan sokongan ray tracing di platform PS5, Xbox Series dan PC. Pada masa yang sama, mereka membuat banyak pelarasan dan pembetulan lain di semua versi.

Kembali kepada topik utama, update baharu ini memperkenalkan Elden Ring versi 1.09 – yang membolehkan pemain PS5, Xbox Series X dan PC mengaktifkan ciri ray tracing untuk permainan.
Untuk melakukannya di konsol, korang hanya perlu pergi ke Game Options dan pilih ‘Aktifkan ray tracing’. Untuk PC pula, korang perlu pergi ke bahagian grafik di menu mengaktifkan ray tracing di sana (dengan syarat PC ada perkakasan yang sokong ray tracing).

Walau bagaimanapun, Bandai Namco juga memberi amaran bahawa menggunakan ray tracing di dalam Elden Ring akan mempengaruhi resolusi dan frame rate. Untuk memastikan prestasi terbaik, berikut ialah spesifikasi teknikal (mengikut laman web rasmi) untuk pengguna PC:
Minimum:
- Operating System: Windows 10
- Processor: Intel Core i5-10600K or AMD Ryzen 5 3600XT
- Memory: 16 GB RAM
- Graphic Card: NVIDIA GeForce RTX 3060 Ti, 8 GB or AMD Radeon RX 6700 XT, 12 GB
- Recommended Graphics Setting: 1080p – Low quality – Low Ray Tracing
Recommended:
- Operating System: Windows 11
- Processor: Intel Core i7-10700K or AMD Ryzen 7 3800XT
- Memory: 16 GB RAM
- Graphic Card: NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti, 8 GB or AMD Radeon RX 6900 XT, 16 GB
- Recommended Graphics Setting: 1080p – High quality – High Ray Tracing
Korang boleh menyemak senarai patch note penuh untuk Elden Ring versi 1.09 di SINI.
Buat sesiapa yang berminat, Elden Ring kini tersedia di PS4, PS5, Xbox Series X, Xbox One dan Windows PC melalui Steam.
@gamersantaimy
Discussion about this post