Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elden Ring Update 1.12 Membawa Pelbagai Perubahan Menarik, Sempena Shadow of the Erdtree

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Soulslike, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Elden Ring Update 1.12 Membawa Pelbagai Perubahan Menarik, Sempena Shadow of the Erdtree
Share on FacebookShare on Twitter

FromSoftware telah mengeluarkan Update 1.12 untuk Elden Ring bagi memperkenalkan DLC expansion Shadow of the Erdtree, yang membawa pelbagai ciri baharu, pelarasan kepada senjata dan banyak lagi. Selain itu, update ini turut membetulkan apa-apa bug untuk memastikan pelancaran yang lancar dan selesa kepada semua pemain.

Berikut adalah ringkasan bagi segala perubahan baharu:

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sorotan utama untuk Elden Ring Update 1.12 pasti adalah DLC Shadow of the Erdtree. Expansion besar ini akan membawa region baharu, senjata baharu, bos baharu dan quest baharu. Selain itu, Shadow of the Erdtree akan mengembangkan lagi naratif Elden Ring yang misterius. Selain DLC, update ini turut memperkenalkan beberapa ciri baharu untuk meningkatkan gameplay dan pengalaman pemain.

Sebagai contoh, 5 gaya rambut baharu telah ditambah, yang boleh dipilih semasa character creation atau ditukar kemudian menggunakan Clouded Mirror Stand atau Rennala’s Rebirth.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Selain itu, menu peta kini termasuk “Map Functions Menu” untuk menyelaraskan navigasi dan mekanik “summoning pool” telah dikemas kini untuk berfungsi di New Game+. Sistem inventory juga mendapat upgrade, di mana item yang baru diperoleh akan ditanda dengan “tanda seru” dan penambahan tab “Recent Items” baharu untuk menyemak item terkini,

Selain itu, ciri yang sudah lama diminta oleh peminat telah ditambahkan, iaitu pemain boleh menyeru kuda Torrent semasa pertarungan bos Elden Beast yang sengit.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Penggemar PvP pula akan melihat perubahan pada keseimbangan gameplay PvP, yang tidak mempengaruhi single-player atau co-op.

Sebagai contoh, poise damage untuk pelbagai senjata telah dilaraskan, dengan peningkatan untuk heavy weapon seperti Greatsword dan pengurangan untuk senjata lebih ringan seperti Dagger dan Katana. Damage untuk beberapa serangan duel-wield tertentu juga telah dikurangkan bersama beberapa spell untuk memastikan pertarungan yang lebih adil antara pemain.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Untuk membaca patch notes penuh, anda boleh melayari laman web rasmi Bandai Namco Entertainment di SINI.

Elden Ring kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam manakala expansion “Shadow of the Erdtree” dikeluarkan hari ini. anda boleh baca reviu penuh kami tentang DLC itu di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Elden Ring Update 1.12
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Shin Megami Tensei V: Vengeance – Versi SMT Definitif Yang Semua Patut Cuba!

Next Post

Sweet Home Season 3 Akan Datang 19 Julai Di Netflix

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Sweet Home Season 3 Akan Datang 19 Julai Di Netflix

Sweet Home Season 3 Akan Datang 19 Julai Di Netflix

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd