Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ejen Ali Musim 3 Akan Bersambung Dengan Bahagian 2 Disember ini, Pemilik Baru IRIS akan dipilih!

Maira by Maira
August 10, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Ejen Ali Musim 3 Akan Bersambung Dengan Bahagian 2 Disember ini, Pemilik Baru IRIS akan dipilih!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan episod 7 dilepaskan pada Sabtu yang lepas, nampaknya peminat Ejen Ali terpaksalah bersabar untuk mengetahui sambungan pengembaraan Ali. Lebih-lebih lagi kita dikejutkan dengan pengkhianatan daripada salah seorang watak yang digemari oleh ramai peminat. Melalui akaun Twitter rasmi Ejen Ali, bahagian kedua untuk musim 3 akan ditayangkan pada Disember 2022 di Disney+ Hotstar. Tarikh tetap masih belum diumumkan tetapi melihat daripada video promo yang ditayangkan, berkemungkinan besar kita akan berjumpa dengan IRIS balik. Pemilik barunya juga mungkin dipilih tidak lama lagi.

Dengan semua yang telah berlaku, adakah Arena masih akan diteruskan? Nantikan, Ejen Ali Musim 3 | BAHAGIAN 2 | December 2022#EjenAli #EAseason3 #EAmusim3 #ejenalimusim3 @DisneyPlusMY pic.twitter.com/Xl7Ag0lnMe

— Ejen Ali 🇲🇾🇵🇸 (@ejen_ali) August 10, 2022

Untuk pengetahuan anda, Ejen Ali merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama WAU Animation dan ditayangkan secara perdana di TV3 mulai 8 April 2016. Kisahnya mengenai “seorang murid sekolah rendah bernama Ali yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang ejen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).”

Ejen Ali Musim 3

Musim 3 ini merupakan sambungan daripada filem Ejen Ali, di mana Ali terpaksa menyerahkan IRIS kepada MATA dan meneruskan tugasnya sebagai ejen. Dia kemudian menyertai Pertandingan MATA Arena yang diadakan untuk meluluskan mana-mana ejen pelatih yang memberikan aksi hebat dari Akademi. Ali juga telah diperkenalkan dengan ramai pelatih lain yang datang dari pelbagai tempat.

Selain itu, terdapat juga Webtoon rasmi oleh WAU Animation bertajuk, Ejen Ali : M.A.T.A Secret Files. Webtoon itu menceritakan kisah yang berlaku di antara episod daripada siri tersebut. Jadi, bolehlah anda mengetahui lebih mendalam tentang apa yang berlaku di Cyberaya dan M.A.T.A. Anda juga akan lebih mengenali watak-watak yang muncul dalam siri itu dengan lebih terperinci.

Anda hanya perlu sabar sedikit sahaja lagi untuk menonton sambungan siri Ejen Ali. Kalau anda ingin dapatkan liputan lain mengenai siri ini daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ejen AliEjen Ali Musim 3
Previous Post

Senarai anime harem terbaik yang boleh anda layan ketika bosan! [Part 2]

Next Post

Review Marvel’s Spider-Man Remastered (PC) – Spidey lagi hebat secara teknikal & grafik!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Next Post
Review Marvel’s Spider-Man Remastered (PC) – Spidey lagi hebat secara teknikal & grafik!

Review Marvel’s Spider-Man Remastered (PC) - Spidey lagi hebat secara teknikal & grafik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd