Bersempena dengan Asian TV Award kali ke-27 pada 8 Disember lepas, Ejen Ali Season 3 telah memenangi kategori “Best 3D Animated Programme”. Tahinah kami ucapkan kepada pasukan yang bertungkus lumus untuk membawa Ejen Ali ke tahap ini terutama sekali WAU Animation, Primeworks Studios dan juga Disney+ Hotstar.
Musim 3 ini merupakan sambungan daripada filem Ejen Ali, di mana Ali terpaksa menyerahkan IRIS kepada MATA dan meneruskan tugasnya sebagai ejen. Dia kemudian menyertai Pertandingan MATA Arena yang diadakan untuk meluluskan mana-mana ejen pelatih yang memberikan aksi hebat dari Akademi. Ali juga telah diperkenalkan dengan ramai pelatih lain yang datang dari pelbagai tempat.
Untuk pengetahuan anda, Ejen Ali merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama WAU Animation dan ditayangkan secara perdana di TV3 mulai 8 April 2016. Kisahnya mengenai “seorang murid sekolah rendah bernama Ali yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan.

Semuanya bermula apabila Dos seorang ejen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).”
Sekali lagi kami ingin mengucapkan Tahniah kepada Ejen Ali Season 3 atas kemenangan “Best 3D Animated Programme” di Asian TV Award kali ke-27. Pada sesiapa yang masih belum menonton Ejen Ali Season 3, anda boleh layan siri ini hanya di Disney+ Hotstar.
Saya juga ingin mengingatkan anda bahawa Ejen Ali Season 3 Part 2 akan mula ditayangkan pada 24 Disember 2022 di Disney+ Hotstar. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai siri tempatan, filem, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post