Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ejen Ali: Kenali M.A.T.A., Agensi Rahsia yang Melindungi Cyberaya!

Maira by Maira
June 27, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Ejen Ali: Kenali M.A.T.A., Agensi Rahsia yang Melindungi Cyberaya!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim baharu Ejen Ali sudah pun mula ditayangkan di TV3 pada hujung minggu yang lalu. Kami pasti ramai peminat yang teruja mengenainya. Memang tidak disangkal lagi bahawa siri animasi tempatan ini telah mengambil perhatian ramai penonton tidak kira usia.

Kami pernah menceritakan sedikit tentang identiti CERO pada Februari yang lalu. Tetapi jom kita berpatah balik dan mengenali dahulu agensi rahsia yang memainkan peranan dalam siri iaitu M.A.T.A.!

Sumber: Wau Animation

Tentang M.A.T.A.

Untuk pengetahuan anda, MATA ataupun Meta Advance Tactical Agency merupakan sebuah agensi rahsia berteknologi tinggi yang ditugaskan untuk melindungi Cyberaya, bandar yang menjadi tetapan untuk siri Ejen Ali.

Agensi inilah yang telah mencipta IRIS (Infinity Retinal Intelligence System), sebuah peranti yang digunakan Ali sejak awal siri setelah dia mengaktifkannya secara tidak sengaja. Tetapi sekarang peranti tersebut telah digunakan oleh Alicia setelah dia memenangi pertandingan MATA Arena.

Teras-teras dalam agensi

MATA mempunyai ejen-ejen yang telah dibahagikan kepada empat teras iaitu Neuro, Kombat, Tekno dan Inviso. Berikut adalah peranan untuk setiap teras:

  • Neuro (Kuning)
Sumber: Wau Animation

Ejen yang mempunyai banyak pengetahuan. Mereka yang berada dalam Neuro akan mengumpul maklumat, menganalisa situasi dan mengatur strategi untuk memastikan misi berjalan lancar. Kebanyakkan gajet yang digunakan oleh teras ini memberikan serangan dari jarak jauh untuk melindungi ejen lain serta mengawai keadaan semasa misi.

Ejen-ejen muda yang ada dalam teras ini: Alicia, Jet, Roza dan Sam.

  • Tekno (Merah)
Sumber: Wau Animation

Seperti namanya, ejen dalam teras ini mahir dalam teknologi. Kepakaran mereka ini sangat membantu dalam memudahkan ejen lain yang menjalankan misi. Mereka jugalah yang akan menghasil serta mengendali gajet canggih supaya setiap ejen dapat mengeluarkan potensi penuh mereka.

Ejen-ejen muda yang ada dalam teras ini: Ali, Khai, Bulat dan Kim.

  • Inviso (Kelabu)
Sumber: Wau Animation

Inviso penuh dengan ejen yang licik serta tangkas. Mereka bijak dalam menggunakan helah dan penyamaran yang membolehkan mereka untuk mengalihkan perhatian musuh serta menyelinap dalam pertahanan musuh. Mereka juga mahir dalam pertempuran tetapi hanya akan menggunakan kekerasan jika perlu.

Ejen-ejen muda yang ada dalam teras ini: Moon, Rudy, Zass dan Aleks.

  • Kombat (Biru)
Sumber: Wau Animation

Ejen yang kuat serta handal dalam pertempuran jarak dekat boleh ditemui dalam teras Kombat. Kekuatan dan keberanian mereka diperlukan untuk membentuk pertahanan yang hebat dan melindungi pasukan mereka semasa menjalankan misi.

Ejen-ejen muda yang ada dalam teras ini: Mika, Iman, Chris dan Rizka.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Kalau anda suka kandungan seperti ini, jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai!

Sumber: Ejen Ali Fandom

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ejen AliM.A.T.A.
ShareTweetSend
Previous Post

Indie Wavemakers sertai gamescom asia, Buka lebih banyak slot untuk indie developer!

Next Post

We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie Review — Kembali Hasilkan Bebola Gergasi, Kini Dalam Versi Baharu!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Next Post
We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie Review — Kembali Hasilkan Bebola Gergasi, Kini Dalam Versi Baharu!

We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie Review -- Kembali Hasilkan Bebola Gergasi, Kini Dalam Versi Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd