Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Eiichiro Oda jalani pembedahan mata, manga One Piece rehat sebulan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Eiichiro Oda jalani pembedahan mata, manga One Piece rehat sebulan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini kita mendapat pengesahan rasmi bahawa Eiichiro Oda, pencipta kepada manga terkenal One Piece, akan menjalani pembedahan mata. Oleh itu, siri manganya terpaksa mengambil rehat selama satu bulan.

Berita ini diumumkan melalui laman web rasmi One Piece yang memberitahu bahawa manga akan ditangguhkan selama empat minggu (dari 19 Jun hingga 10 Julai) bermula majalah Weekly Shonen Jump edisi ke-29 hingga edisi ke-32. Manga akan kembali semula dalam edisi ke-33 pada 18 Julai.

Kredit: Toei Animation

Jadi apakah penyakit yang dihidap oleh Oda?

Kredit: Shueisha

Rupanya, Eiichiro Oda terpaksa menjalani pembedahan untuk astigmatisme; sejenis isu mata yang menyebabkan penglihatan kabur sama ada bagi objek dekat atau jauh. Astigmatisme biasanya disebabkan oleh permukaan lengkungan kornea atau kanta yang tidak sekata.

Dalam mesej istimewa kepada peminat, Oda menjelaskan bahawa isu astigmatisme telah menyebabkan penglihatannya menjadi kabur, dan menjejaskan kerjanya. Oleh itu, dia memutuskan untuk menjalani pembedahan selepas berbincang dengan editornya pada tahun lepas.

Kredit: Toei Animation

Manga One Piece akan berehat selepas keluaran bab 1086, jadi kita perlu menunggu masa yang lama sebelum dapat melihat bab 1087. Berita ini pasti akan menyedihkan hati ramai peminat tetapi seorang mangaka masih perlu berehat untuk menjaga kerjayanya sebagai pelukis.

Menurut laman dan aplikasi MangaPlus, One Piece bab 1086 akan dikeluarkan pada 11 Jun 2023 jam 11 malam – jadi kita masih ada baki lebih kurang satu minggu lagi untuk bab seterusnya.

Kredit: Toei Animation

Baca segala berita dan liputan kami tentang One Piece termasuk fakta trivia dan spoiler di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEiichiro Odamangaone piece
ShareTweetSend
Previous Post

My Hero Academia: Konflik Besar Keluarga Todoroki Akhirnya Tamat! [SPOILER]

Next Post

Black Clover dikecam teruk selepas berjaya menjual sebanyak 19 juta salinan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Black Clover dikecam teruk selepas berjaya menjual sebanyak 19 juta salinan

Black Clover dikecam teruk selepas berjaya menjual sebanyak 19 juta salinan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd