Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

eFootball Berjaya Capai 700 Juta Muat Turun! Perkenalkan Kempen Piala Asia Qatar 2023!

Maira by Maira
January 12, 2024
in Artikel, Berita, Game, Sukan/lumba
0 0
0
eFootball Berjaya Capai 700 Juta Muat Turun! Perkenalkan Kempen Piala Asia Qatar 2023!

Sumber: Konami

Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment mengumumkan bahawa game flagship bola sepak mereka, eFootball telah melepasi 700 jumlah muat turun di seluruh dunia.

Untuk meraikan kejayaan itu, KONAMI akan melaksanakan kempen dalam game untuk eFootball dengan pelbagai ciri, bermula dari 11 Januari – 1 Februari. Dalam tempoh tiga minggu ini, akan ada hadiah log masuk istimewa Player of the Week (POTW) setiap minggu. POTW ini baru diperkenalkan dan mempunyai “Booster dengan kesan yang berbeza-beza bergantung pada penilaian Live Update.”

Sumber: Konami

Bonus Log Masuk Istimewa

Pengguna juga boleh menerima 1 x Epic: Worldwide Clubs (Chance Deal) setiap hari sebagai bonus log masuk semasa tempoh kempen.

Kempen Peringatan AFC Piala Asia 2023 Qatar

Terima kasih kepada perkongsian KONAMI dengan Konfederasi Bola Sepak Asia, eFootball akan menyertakan hadiah log masuk khas dengan sepuluh Chance Deal daripada 10 pasukan Asia yang bertanding di Piala Asia 2023.

Terdapat juga tiga pemain Epic dari Malaysia, Thailand dan Indonesia yang akan diberikan juga.

Sumber: Konami

Kempen Achievement

Dalam tempoh tersebut, pengguna boleh mengambil bahagian dalam pelbagai Tour Event, Challenge Event dan eFootball League untuk memperoleh shingga 200000 GP, 210 eFootball Coin dan banyak lagi.

Acara eFootball Championship Club: FC Bayern München

Pada Disember 2023, KONAMI mengeluarkan butiran tentang perubahan pada kejohanan esports utamanya, memperkenalkan eFootball Championship Club Event. Acara ini akan menyaksikan pengguna dari seluruh dunia bersaing pada mulanya dalam kelayakan serantau dalam game sebelum perlawanan akhir untuk menentukan yang mana antara mereka akan mewakili setiap kelab yang bertanding. Acara FC Bayern München Club akan bermula pada 15 Januari, Isnin.

Sumber: Konami

Kemas kini v.3.2.0

Versi 3.2.0 yang diperkenalkan pada Disember yang lalu memperkenalkan pelbagai ciri-ciri baharu termasuklah My League, evolusi baharu mode Co-op dan log masuk game mini. Ini akan membenarkan pemain untuk alami ciri yang pelbagai tersedia dalam game.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai eFootball daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EfootballeFootball 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Legenda Bola Sepak, Safee Sali Berjaya Dilancarkan dalam eFootball 2024, Memperkenalkan Ciri-Ciri dan Kempen Menarik

Next Post

“GUNGRAVE G.O.R.E – Ultimate Enhanced Edition” Kini Tersedia di Nintendo Switch!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“GUNGRAVE G.O.R.E – Ultimate Enhanced Edition” Kini Tersedia di Nintendo Switch!

“GUNGRAVE G.O.R.E - Ultimate Enhanced Edition” Kini Tersedia di Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd