Echo akhirnya telah membuktikan kebolehan mereka dengan merangkul sebagai juara dalam M4 World Championship dengan kemenangan besar. Walaupun dijatuhkan daripada Upper Bracket ke Lower Bracket, Echo kemudiannya membuktikan bahawa mereka adalah juara dunia yang sebenar dengan mengalahkan Blacklist International dengan skor 4-0. Menjadikan ini sebagai kisah “comeback” paling epik di dalam sejarah M4!

Kemenangan ini juga merupakan saat-saat bersejarah buat Sanford dan Sanji kerana ini adalah pertandingan antarabangsa pertama buat mereka manakala untuk Karltzy pula merupakan kejuaraan dunia kali kedua buatnya.
“Kami sangat berbangga dengan pencapaian ini dan berterima kasih atas sokongan rakan, keluarga dan peminat kami. Pasukan ini telah melangkah jauh semenjak layak ke M4 World Chamionship dan kemenangan ini menandakan permulaan yang baik untuk tahun kami. Kami akan terus bekerja keras untuk membuktikan mereka (penentang) salah dan terus menjadi yang terhebat sepanjang zaman.”
Mitch Liwanag, Pengurus Negara, Echo

Final MVP telah dimenangi oleh Bennyqt, juga dari pasukan Echo yang mengharungi pertandingan dengan prestasi konsisten di Gold Lane. Mereka melanggar terus strategi terkenal Blacklist iaitu UBE dengan menyasarkan Hadji dan Oheb serta memecahkan kod semasa pemilihan draf mereka.
Echo akan membawa pulang hadiah terbesar daripada gabungan prize pool sebanyak USD 800,000, memilih skin M4 World Championship, cincin emas, pingat rekaan ekslusif UBS dan jelajah juara yang dihoskan secara ekslusif oleh Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Indonesia.

Tidak lupa juga, seperti yang diumumkan semasa M4 World Championship. Negara tuan rumah yang akan datang untuk siri M seterusnya akan diadakan di Filipina. Ia adalah rumah kepada juara M2 dan M3; Bren Esports dan Blaclist International dengan lebih 43 juta pemain dan minat besar terhadap game mobile. Kejohanan global itu akan diadakan pada bulan November. Maklumat lanjut tentang perkara ini akan diumumkan kemudian.
Walaupun kejohanan antarabangsa telah ini tamat, namun promosi ekslusif in-game Mobile Legends dan banyak lagi sedang berlangsung. Raikan kejayaan Echo bersama skuad anda semasa M4 Week Party yang berlangsung dari 16 Januari hingga 22 Januari untuk mendapatkan ganjaran rawak!

Setelah berhempas pulas semasa pusingan kelayakan dan akhirnya berjaya menjuarai M4 World Championship, tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada pasukan Echo!
Untuk lebih banyak lagi berita menarik tentang Mobile Legends, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post