Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA Sports UFC 5 diumumkan, Bakal dedahkan sepenuhnya pada September nanti!

safwan by safwan
July 10, 2023
in Artikel, Berita, Fighting, Multiplayer, PC, PS5, Single Player, Xbox Series X|S
0 0
0
EA Sports UFC 5 diumumkan, Bakal dedahkan sepenuhnya pada September nanti!

Kredit: EA

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah hampir 3 atau 4 tahun Electronic Arts tidak mengeluarkan game MMA, EA Sports pada tahun ini kembali mengumumkan game seterusnya dalam francais ini iaitu EA Sports UFC 5 dan akan mendedahkan lebih lanjut pada bulan September 2023 nanti.

Coming soon #UFC5

Full reveal September 2023 🗓️

Sign up for more news
➡️ https://t.co/vLBNhbt3QN pic.twitter.com/qIFoAmLbWN

— EA SPORTS UFC (@EASPORTSUFC) July 8, 2023

Kini, mereka hanya mengumumkan logo game tersebut dan melancarkan laman web untuk para peminat mendaftarkan diri. Jika anda berminat, anda boleh ke laman web rasmi mereka di sini.

Memandangkan mereka hanya mengumumkan logo game tersebut, kita masih tidak tahu platform apa yang mereka akan lancarkan game ini. Tetapi saya pasti yang game ini akan dilancarkan pada PlayStation 5, Xbox Series X|S dan juga PC.

Kredit: EA Sports

Kalau anda nak tahu, EA sebenarnya telah didekati untuk membangunkan game UFC pada tahun 2008 tetapi mereka menolak tawaran tersebut dan beralih kepada THQ. Syarikat tersebut telah mengeluarkan 3 game UFC pada tempoh yang singkat dan berjaya meraih keuntungan.

Berikutan dengan kejatuhan THQ, EA telah menandatangani perjanjian bersama UFC dan mengeluarkan game pertama EA Sports UFC pada tahun 2014. Bermula dari tahun tersebut, EA telah mengeluarkan 3 game MMA selepas itu iaitu EA Sports UFC 2 pada tahun 2016, UFC 3 pada tahun 2018 dan UFC 4 pada tahun 2020.

Kredit: EA Sports

Saya ingin mengingatkan anda bahawa EA Sports UFC 5 baru sahaja diumumkan dan bakal didedahkan sepenuhnya pada bulan September 2023 nanti. Harapnya, EA akan melancarkan game ini di konsol lama seperti PlayStation 4 dan Xbox One.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ea sportsEA Sports UFC 5UFC
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail Versi 1.2 Akan Lancar pada 19 Julai! Blade & Kafka Akan Tersedia!

Next Post

Square Enix Pertimbangkan Idea Game Remaster Lain Berikutan Populariti FF Pixel Remaster!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Square Enix Pertimbangkan Idea Game Remaster Lain Berikutan Populariti FF Pixel Remaster!

Square Enix Pertimbangkan Idea Game Remaster Lain Berikutan Populariti FF Pixel Remaster!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd